HONOR telah mengumumkan kerjasama dengan pembangun permainan Gameloft bagi menawarkan versi khas Asphalt 9: Legends untuk peranti boleh lipat terkini Magic V2 RSR Porsche Design.

Kerjasama ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman permainan imersif dengan prestasi lebih mengagumkan pada kadar 120 bingkai sesaat (FPS).

Sekali gus mampu menyediakan pengalaman terbaik dalam inovasi peranti boleh lipat.

Pelbagai perubahan telah dibuat dalam menjadikannya lebih baik yang termasuk membina semula proses rendering permainan dan mengintegrasikan AI dalam keupayaan grafik peranti untuk prestasi yang konsisten.

Kerjasama ini juga tidak hanya tertumpu pada prestasi semata, malahan nisbah aspek permainan turut boleh diubah suai untuk memanfaatkan sepenuhnya skrin dalam 7.92-inci.

Peningkatan dilakukan pada antaramuka pengguna yang dirombak semula dengan kawalan yang disesuaikan untuk format skrin lebih besar.

Permainan ini akan tersedia melalui Google Play Store untuk peranti Magic V2 dan Magic V2 RSRS Porsche Design sekitar bulan ini.

Seterusnya dilihat mempunyai banyak potensi dalam inovasi peranti boleh lipat namun bukanlah kali pertama Honor bekerjasama dengan Gameloft.

Sebaliknya kedua-dua pihak juga pernah bekerjasama untuk peningkatan pengalaman permainan pada peranti Honor Play.

Untuk rekod Magic V2 RSR Porche Design akan membuat kemunculan rasmi di pentas MWC 2024, sementara itu Magic V2 pula sedia dijual di Malaysia pada RM6,999 sebuah. -Amanz