Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB) baru-baru ini berjaya meraih Anugerah Perundingan Kewangan Islamik Terbaik, sebuah kategori di bawah Penganugerahan Global Finance 2014.
Pencalonan HLISB adalah berdasarkan penglibatannya sebagai Penasihat Prinsipal Bersama dalam program Sukuk Wakalah. Ia menjadi struktur sukuk pertama seumpamanya di Malaysia menggabungkan kontrak Wakalah dan Ijarah di bawah jurisdiksi berlainan.
Pelaksanaan korporat itu juga menandakan badan korporat Saudi bukan kerajaan yang pertama mengeluarkannya dalam pasaran Sukuk di Malaysia.
"Kami berbangga dengan anugerah ini dan menghargai pengiktirafan Global Finance. Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf pencapaian kami malah menunjukkan komitmen kami dalam menyumbang kepada industri kewangan Islam global," ujar Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.
Kriteria pencalonan bagi Anugerah Perundingan Kewangan Islamik Terbaik adalah skala operasi kewangan Islamik, komitmen terhadap perniagaan, rangkaian produk dan perkhidmatan dan juga prestasi kewangan sepanjang tahun sebelumnya.
"Selain pertumbuhan yang baik pada tahun-tahun sebelumnya melalui pengukuhan bisnes perbankan tradisional, melalui Perkhidmatan Kewangan Peribadi dan fungsi Perbankan Perniagaan dan Korporat, HLISB turut member tumpuan pada perkembangan jalur pendapatan bukan kewangan seperti yang ditunjukkan dalam Pasaran Modal Islamik, Pasaran Global Islamik, serta inisiatif perbankan transaksi dan digital," kata Raja Teh Maimunah.
Beliau menambah, HLISB juga memiliki pasukan pengurusan yang berpengalaman dan bersemangat, selain akses luas dalam jaringan Kumpulan Hong Leong.
Dianjurkan oleh majalah Global Finance, penganugerahan Global Finance memberi pengiktirafan kepada pencapaian institusi-institudi kewangan di seluruh dunia dengan memilih pemenang berdasarkan merit serta keputusan akhir oleh panel juri.
Anugerah buat HLISB itu telah diterima oleh bekas ahli Jawatankuasa Syariah, Prof Malik Muhammad al Awan, di majlis anugerah Bank Terbaik Dunia Global Finance 2014 sempena Mesyuarat Tahunan IMF/Bank Dunia pada 11 Oktober lalu di The Washington National Press Club.
Astro Awani
Thu Oct 16 2014

RAJA TEH MAIMUNAH: Anugerah ini menunjukkan komitmen kami dalam menyumbang kepada industri kewangan Islam global
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Maybank antara bank paling selamat di Asia
Maybank sekali lagi dinamakan sebagai antara bank paling selamat di Malaysia oleh majalah kewangan bulanan, Global Finance

Hong Leong Islamic raih Anugerah Rundingan Kewangan Islamik Terbaik
Kemenangan HLISB dalam Penganugerahan Global Finance 2014 adalah berdasarkan penglibatannya dalam program Sukuk Wakalah.