HONDA Motor dan Nissan Motor kini dilaporkan akan melakukan perbincangan dengan hasrat untuk menyatukan kedua-dua syarikat.

Dengan menyatukan syarikat, kedua-dua nama dalam arena automotif ini boleh bergabung tenaga dan sumber, serta pada masa yang sama bersaing dengan lebih baik bersama jenama lain di pasaran.

Sekiranya perbincangan ini berjalan lancar, Honda dan Nissan akan beroperasi di bawah sebuah syarikat induk baharu, yang mana mungkin turut menyertakan Mitsubishi Motor pada masa akan datang.

Untuk makluman juga, Honda dan Sony turut mempunyai syarikat kerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik.

Pada hari ini, Honda dan Nissan masing-masing menghadapi cabaran sengit oleh pengeluar kenderaan dari China, terutamanya kenderaan elektrik.

Sebelum ini, Honda dan Nissan sedia mengumumkan kerjasama untuk kenderaan elektrik.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya untuk kedua-dua syarikat ini dan bagaimana mereka akan terus bersaing dalam arena automotif yang semakin kompetitif kebelakangan ini.