KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan harga minyak yang tinggi ketika ini akan berpanjangan memandangkan stok minyak global yang rendah dalam tempoh beberapa tahun ini masih berterusan.
Firma itu berkata, di sebalik ikrar Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) untuk meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana dengan tambahan 400,000 tong sehari setiap bulan pada April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.
Ini disebabkan pengeluar syal Amerika Syarikat (AS) yang muflis, harga karbon dan peraturan lain akibat perubahan iklim, pelaburan yang rendah untuk meningkat kapasiti minyak dan mandat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi pelaksanaan nyahkarbon.
"Berikutan gangguan ini, kami berpandangan inventori minyak global yang rendah selama beberapa tahun (menurun 17% kepada 2.65 bilion tong pada Feb 2022 daripada paras tertinggi 3.2 bilion tong pada Julai 2020) dijangka berpanjangan.
"Ini akan meningkatkan lagi tekanan ke atas harga minyak global pada masa hadapan," katanya dalam nota kajian pada Rabu.
Turut menyumbang kepada situasi tersebut, termasuklah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat terutamanya perang Rusia-Ukraine.
Sebelum tercetusnya perang antara kedua-dua negara ini, harga minyak mentah sudah berada dalam aliran menaik kerana permintaan disokong oleh pembukaan semula selepas pandemik COVID-19.
"Secara menyeluruh, perang Rusia-Ukraine yang berlarutan dan rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengharamkan import minyak Rusia sebagai tindak balas kepada pencerobohan Ukraine akan meningkatkan lagi harga minyak.
"Keadaan ini disebabkan EU bergantung kepada Rusia, merangkumi 26% daripada bekalan minyaknya," jelasnya.
Menurut HLIB, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mendapati hampir 3 juta tong sehari pengeluaran Rusia tidak dapat dijual disebabkan sekatan antarabangsa.
"Oleh itu, kami melihat, jurang bekalan minyak yang semakin melebar, tidak mungkin dapat dipenuhi oleh negara pihak ketiga.
"Situasi ini memandangkan Rusia membekalkan kira-kira 10% daripada minyak dunia bersama beberapa pengeluar minyak dunia, menghampiri kapasiti had gantian mereka," katanya.
Dalam pada itu, berdasarkan laporan Bloomberg yang memetik sumber, China memberi isyarat bahawa sekatan pergerakan di Shanghai akan berakhir tidak lama lagi, kemungkinan pada akhir bulan ini.
"Jadi, sebaik sahaja kerajaan mula menarik balik sekatan ini yang telah mengganggu kehidupan berjuta-juta orang di bandar paling ramai penduduk daripada pergerakan hinggalah pengeluaran perindustrian, import minyak sepatutnya meningkat menjelang musim panas.
"Ini akan didorong permintaan yang tinggi, seterusnya meningkatkan harga komoditi di tengah-tengah bekalan pasaran yang ketat," jelas HLIB lagi.
Dengan mengunjurkan harga minyak Brent akan berlegar pada purata AS$85 hingga AS$90 setong bagi tahun ini, firma itu mengulangi pandangan 'overweight' terhadap sektor minyak dan gas (O&G).
"Dalam persekitaran harga minyak yang tinggi, tidak mustahil untuk membayangkan jika syarikat O&G huluan mungkin diberi insentif untuk mengembangkan kapasiti mereka bagi memanfaatkan hasil minyak yang lumayan," katanya.
Secara keseluruhan, HLIB lebih cenderung kepada syarikat O&G yang mempunyai pendedahan kepada aktiviti huluan dalam penerokaan dan pengeluaran seperti Hibiscus Petroleum Bhd. dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX).
Ia memberi saranan 'beli' terhadap Hibiscus dan DNeX dengan harga sasaran masing-masing pada RM1.85 dan RM1.64 sesaham. - DagangNews.com
Dagang News
Wed May 18 2022
Harga minyak mentah sudah berada dalam aliran menaik kerana permintaan disokong oleh pembukaan semula selepas pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April
Lebih 390,000 pelawat dari Brunei lawat Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2024, menjadikan Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi negara ini.
Oil and Gas Asia 2024 jangka tarik 500 pempamer dari 100 negara
OGA 2024 akan menjadi edisi ke-20, ia bermula pada tahun 1987 sebagai pertunjukan dwitahunan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini - PM Anwar
Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petronas akan tambah pengeluaran harian kepada 2.7 juta Boe
Prospek industri tenaga juga dilihat sebagai mencabar bagi tempoh berbaki tahun ini.
APMM tahan dua kapal pindah minyak secara haram
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menahan dua kapal bekalan luar pesisir selepas dipercayai melakukan operasi pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) secara haram.
Menteri OPEC Plus adakan pertemuan bersemuka pertama sejak 2020
Pertemuan bersemuka peringkat menteri OPEC itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19.
"Harga minyak tak turun? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?"- Anwar
Anwar jawab sindiran pihak-pihak tertentu yang mempertikai janji-janji yang diberikannya jika PKR menang pada PRU akan datang.
AS mungkin tetapkan harga siling minyak yang 'untungkan' Rusia
Janet Yellen berkata demikian susulan laporan mengenai Rusia mungkin menghentikan pengeluaran minyak akibat penetapan harga siling.
Sri Lanka hadapi cabaran bayar penghantaran minyak
Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu tidak mampu membayar import penting barangan makanan, baja, ubat-ubatan dan bahan api.