PETALING JAYA: Halal Development Corporation Bhd (HDC) menjangkakan eksport halal Malaysia tahun ini melepasi RM42 bilion daripada tahap sebelum pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif Hairol Ariffein Sahari berkata pada suku pertama tahun ini, eksport halal meningkat hampir 100 peratus daripada suku yang sama tahun lepas.
"Daripada prestasi pada suku pertama dan jika trend dan momentum ini berterusan sehingga akhir tahun, kami akan berada di landasan betul untuk melepasi tahap sebelum pandmik," kata Hairol kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen "Make Halal your First Choice", di sini semalam.
"Semasa pandemik, kami mengunjurkan bahawa ekonomi halal memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun selepas pandemik untuk pulih tetapi melihat angka semasa, nampaknya Malaysia akan pulih lebih awal daripada jangkaan," katanya.
Hairol berkata rantaian bekalan (situasi) bertambah baik, melihat kepada eksport perniagaan ke perniagaan untuk derivatif minyak sawit dan bahan halal yang meningkat lebih 100 peratus, produk lain juga beransur pulih.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa import dari China juga melonjak.
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Norazman Ayob yang melancarkan acara tersebut berkata prestasi eksport halal Malaysia 2021 merupakan pencapaian memberangsangkan, meningkat 19 peratus kepada RM36.3 bilion daripada RM30.5 bilion setahun sebelumnya .
"Peningkatan ini membuktikan kepentingan industri halal kepada ekonomi Malaysia walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19," katanya.
Dari segi sumbangan sektoral, bagi tahun 2021 beliau berkata sektor makanan dan minuman halal terus menjadi penyumbang utama bernilai RM17.64 bilion diikuti bahan halal (RM13.49 bilion), kosmetik dan penjagaan diri (RM2.44 bilion), derivatif minyak sawit (RM1.71 bilion), bahan kimia industri (RM0.75 bilion) dan farmaseutikal halal (RM0.28 bilion).
Beliau berkata China telah mengatasi Singapura sebagai destinasi eksport halal terbesar pada 2021 masing-masing sebanyak sebanyak RM4.6 bilion dan RM3.7 bilion diikuti Jepun, Amerika Syarikat dan Indonesia.
Pelaburan langsung di taman halal di Malaysia pada 2021 juga mencatatkan pertumbuhan sebanyak RM210 juta berbanding tahun sebelumnya yang menggariskan daya tarikan industri halal negara dan potensinya walaupun berdepan cabaran daripada pandemik itu sejak 2020.
Lima ratus usahawan halal sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) menyertai kempen yang diperkenalkan HDC sebagai inisiatif Bajet 2022.
Hairol berkata kempen itu bertujuan meningkatkan purata jualan antara 20 dan 30 peratus dengan meningkatkan kebolehpasaran produk di pasar raya besar dan melalui program Penjenamaan Digital produk halal perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME).
HDC bekerjasama dengan Lulu International Group dan Lotus's Store (Malaysia) Sdn Bhd untuk kempen tiga bulan yang bermula akhir bulan April.
Selain itu, HDC turut bekerjasama dengan Foodpanda Malaysia dari 1 Jun hingga 31 Julai, 2022.
"Kami menyasarkan 120 syarikat untuk menembusi rangkaian pasaran Lulu dan Lotus, kami mempunyai antara 70 dan 80 syarikat yang mengambil bahagian sekarang. Jika sambutan menggalakkan, ia akan diteruskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Hairol Ariffein (dua, kiri) bersama pemain industri lain yang mengambil bahagian dalam majlis pelancaran kempen 'Make Halal your First Choice' di Petaling Jaya, 27 Mei 2022. Turut kelihatan, Norazman (tiga, kiri). - Foto HDC

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.

MATRADE-HDC: MITI tubuh jawatankuasa pro tem selaras sumber dan rangka kerja operasi
MITI berkata ia komited untuk memastikan sebarang penggabungan fungsi dan jawatan akan diuruskan dengan adil.

Eksport halal Malaysia cecah RM54 bilion tahun lepas - Tengku Zafrul
Nilai eksport bagi industri halal negara pada tahun lepas mencecah RM54 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

HDC terus usaha kukuhkan kerjasama dengan Jepun bagi inisiatif perdagangan halal
Osaka muncul sebagai pusat strategik utama bagi usaha kolaboratif ini disebabkan potensinya yang besar kepada pembangunan industri halal.

Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia, UAE raih kedudukan teratas GIEI 10 tahun berturut-turut
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia dan UAE raih kedudukan teratas Petunjuk Ekonomi Islam Global tahun ke-10 berturut-turut

WHBC 2023 di London catat kemajuan penting dalam industri halal
WHBC 2023 telah berjaya dimuktamadkan, menandakan kemajuan ketara dalam industri Halal dan pengukuhan hubungan antarabangsa.

HDC akan anjur Persidangan Perniagaan Halal Dunia 2023 di London pada Okt depan
Halal Development Corporation Bhd (HDC) akan menganjurkan Persidangan Perniagaan Halal Dunia (WHBC) tahunan ke-15 di London, United Kingdom (UK) pada 27-28 Okt depan.

Eksport produk halal Malaysia dijangka meningkat tahun ini - HDC
Pengeksportan produk halal negara dijangka meningkat sehingga 15 peratus tahun ini berdasarkan prestasi dagangan keseluruhan negara yang mencapai lebih RM3 trilion tahun lepas.

HDC jangka eksport halal melepasi RM42 bilion daripada tahap sebelum pandemik
Pada suku pertama tahun ini, eksport halal meningkat hampir 100 peratus daripada suku yang sama tahun lepas.

Malaysia jadi rujukan utama penyelidikan ekosistem halal dunia - HDC
Penyelidikan ekosistem berkenaan akan dimulakan di Malaysia dan kemudiannya diperluaskan secara berperingkat ke ekosistem halal di negara-negara yang berpotensi.