KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerima 1,800 aduan dan pertanyaan berkaitan penipuan pelaburan dan aktiviti tidak berlesen dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Berdasarkan data yang dikumpul, kesemua penipuan itu dipromosikan dalam talian melalui saluran komunikasi seperti Telegram dan WhatsApp serta platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
Pengerusi SC, Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata memantau Internet secara aktif untuk mengenal pasti aktiviti pasaran modal yang mencurigakan dan juga mengeluarkan amaran kepada pelabur melalui Senarai Makluman Pelabur SC yang dikemas kini hampir setiap hari.
"Ciri Internet yang terbuka menyukarkan SC untuk melindungi pelabur, tindakan terbaik yang boleh diambil oleh pelabur untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan dan aktiviti tidak berlesen adalah untuk melengkapkan diri dan meningkatkan pengetahuan kewangan mereka," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Data terkini daripada SC menunjukkan bahawa 'scammer' masih berleluasa, kebanyakannya menggunakan media sosial untuk menarik dan menipu pelabur dengan tawaran pakej pelaburan dan tuntutan jaminan pulangan tinggi yang tidak realistik dan tanpa risiko.
"Penemuan kaji selidik dijalankan SC mendapati rakyat Malaysia masih mempunyai tahap kesedaran dan pengetahuan yang rendah mengenai pelaburan dan produk pasaran modal.
"Pelabur tempatan mempunyai jangkaan yang tidak realistik terhadap pulangan pelaburan kerana salah tanggapan mengenai risiko dan pulangan. Celik kewangan yang rendah juga menjadikan pelabur terdedah kepada aktiviti tidak berlesen dan penipuan," kata SC.
Sementara itu, SC akan menganjurkan Pameran Pendidikan Pelabur SC dan InvestSmart(R) Fest (ISF 2022), ia akan berlangsung dari 14 hingga 16 Oktober 2022 di Dewan Pameran 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
InvestSmart(R) Fest disokong oleh Bursa Malaysia, Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia, Persatuan Perancang Kewangan Malaysia dan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia.
Ia diadakan sempena Bulan Celik Kewangan 2022 dan Minggu Pelabur Sedunia 2022.
ISF 2022 akan menghimpunkan lebih 40 pempamer terdiri daripada Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN), Bursa Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bank pelaburan dan penyedia produk dan perkhidmatan pasaran modal lain.
Penggiat daripada industri 'fintech' (teknologi kewangan) seperti Luno Malaysia dan Wahed Investment akan turut menyertai acara itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai ISF 2022 dan perundingan perancangan kewangan #FinPlan4U, layari www.investsmartsc.my atau akaun media sosial InvestSmart(R).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
Kesemua penipuan itu dipromosikan dalam talian melalui saluran komunikasi seperti Telegram dan WhatsApp serta platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok. - Gambar hiasan
Kedai popia terkenal di Melaka diarah tutup 14 hari kerana kotor
Sebuah kedai menjual popia terkenal di Jalan Munshi Abdullah dekat Melaka antara tiga premis makanan yang diarah tutup 14 hari bermula Jumaat kerana didapati kotor termasuk terdapat najis tikus.
AWANI Ringkas: Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut
Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan kotak suis pada sebuah pangsapuri 15 tingkat yang terbakar di tingkat 14.
Bytedance dijangka kurangkan lagi angka pekerja bulan depan
Salah satu sebab pengurangan pekerja dilakukan adalah dalam usaha menstruktur semula operasi syarikat, dan menggunakan kelebihan teknologi dalam pemantauan dan pengawasan kandungan.
Ubah strategi, 90 lagi kontena dari Malaysia akan melalui Jordan ke utara Gaza
Pihaknya akan bekerjasama dengan pelbagai badan kemanusiaan dunia termasuk WFP untuk memulakan fasa kedua kemasukan bantuan.
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis semakin berkurangan pagi ini, Perak, Johor kekal
Tiga pusat pemindahan baharu telah dibuka di daerah Baling awal pagi tadi yang menempatkan 33 orang daripada 14 keluarga.
Pelabur Malaysia perlu rebut peluang di Laos - MBCL
Presiden MBCL Tee Chee Seng menggesa syarikat Malaysia untuk meninjau potensi yang luas dan berkembang pesat di negara ini.
Tersenarai di The Muslim 500, Siti Nurhaliza luah rasa syukur
Sudah sembilan tahun anak seni kelahiran Kuala Lipis ini berjaya berada sebaris dengan individu yang bukan calang-calang.
SC dedah penipuan guna dokumen pelaburan palsu
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan baharu yang menggunakan Memorandum Maklumat (IM) palsu untuk mendapatkan pelaburan daripada orang ramai.
Bekas perunding unit amanah didenda RM687,500 kerana tipu pelabur - SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan serta denda sebanyak RM687,500 terhadap Amran Mohd Amin atas tiga pelanggaran undang-undang sekuriti.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Johor Plantations dapat kelulusan SC untuk penyenaraian di pasaran utama Bursa Malaysia
Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan, catat pertumbuhan 5.6% pada 2023
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2023, dengan saiz pasaran berkembang sebanyak 5.6 peratus kepada RM3.8 trilion.
SC cela juruaudit kerana pelanggaran piawaian pengauditan
Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mencela Nexia SSY PLT (AF 2009) dan rakan kongsi auditnya, iaitu Michelle Yong Voon Sze dan Jayapalasingam Kandiah.
Dagangan orang dalam: Bekas CEO PKNP, Perak Corp didenda RM3.56 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perak Corporation Bhd (PCB), Datuk Aminuddin Md Desa, diperintahkan untuk membayar sebanyak RM3.56 juta oleh Mahkamah Tinggi.
Bekas pegawai bank didakwa jalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen
Seorang bekas pegawai bank didakwa di dua Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan berniaga dalam sekuriti tanpa memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal daripada SC.
SC, Bursa Malaysia beri jaminan asas pasaran saham kekal kukuh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd memberi jaminan kepada pelabur bahawa asas pasaran saham Malaysia kekal kukuh.
SC lantik dua ahli lembaga baharu
SC mengumumkan pelantikan Datuk Mohammad Faiz Azmi dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin sebagai Ahli Lembaga untuk tempoh dua tahun.