KUALA LUMPUR: Penganjuran Hari Usahawan Negara (HUN) 2022, yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), muncul sebagai pusat sehenti buat usahawan tempatan.
Acara mega selama lima hari anjuran Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) yang pertama kali diadakan di Malaysia itu berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Sebanyak 1,000 lot pameran dibuka bagi usahawan tempatan dan antarabangsa mempamerkan produk masing-masing.
Presiden DPUKM, Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor berkata, HUN 2022 yang bertemakan ‘Usahawan Pemangkin Negara’ itu mempunyai matlamat yang besar.
"Selain merancakkan kembali ekonomi para usahawan yang terjejas dengan pandemik COVID-19, acara berkenaan juga diadakan untuk membantu peniaga dan bakal peniaga menerusi perkongsian informasi dalam pelbagai program yang dianjurkan termasuk lot pameran pelbagai agensi kerajaan.
“Tujuan HUN 2022 dianjurkan adalah untuk mengukuh dan mengembangkan segala teras sokongan keusahawanan yang telah dan akan disediakan oleh kerajaan menerusi pelbagai agensinya,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya HUN 2022 juga bermatlamat untuk meningkatkan ekonomi usahawan di Malaysia ke peringkat global dan mencipta kesedaran masyarakat dalam memilih bidang keusahawanan.
“HUN 2022 telah menyediakan pusat info keusahawanan melalui taklimat pelbagai agensi termasuk FAMA, MARA, Agrobazaar Online dan Akademi Jana Usahawan.
“Tidak ketinggalan diadakan taklimat mengenai kerjaya, klinik keusahawanan (latihan dan mentor), simposium ekonomi dan keusahawanan, biz forum (peluang pembiayaan bersama Tekun Nasional) dan pocket talk (wawancara ikon usahawan secara langsung).
“Rugi jika usahawan dan mereka yang berminat dalam perniagaan tidak hadir ke HUN 2022. Semua informasi berkaitan perniagaan ada di sini,” ujarnya.
Selain itu, pelbagai aktiviti disediakan untuk memeriahkan lagi HUN 2022 antaranya persembahan artis popular, car free morning dan jogathon 1,000 peserta di Dataran Merdeka.
Tidak ketinggalan, acara rancangan mainan akal, persembahan battle of the band, pertunjukan kereta dan motosikal klasik, kereta mewah, Malam Aneka Ragam Pop Yeh Yeh, Retro Klasik, Warisan HUN dan belon udara panas.
Acara kemuncak HUN 2022 adalah makan malam gala yang diadakan pada 28 Mac, bersempena majlis anugerah untuk golongan usahawan.
“Pelbagai peringkat Anugerah Keusahawanan Kebangsaan akan diberikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebagai sebahagian daripada sambutan ini.
“Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada usahawan dan pembina ekosistem keusahawanan atas dan ketekunan usaha cemerlang mereka menyumbang ke arah merancakkan kembali sektor ekonomi negara,” ujarnya.
HUN 2022 bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu, 26 Mac di WTCKL.
Astro Awani
Fri Mar 25 2022

Sebanyak 1,000 lot pameran dibuka bagi usahawan tempatan dan antarabangsa mempamerkan produk masing-masing.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hari Usahawan Negara 2022 pusat sehenti usahawan tempatan
Acara mega selama lima hari anjuran Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) yang pertama kali diadakan di Malaysia itu berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam .