Harga saham AirAsia Bhd meningkat selepas kumpulan itu mengumumkan pengenalan kekerapan tambahan kepada enam destinasi domestik dan satu laluan antarabangsa.

Sehingga jam 11.19 pagi, harga saham syarkat penerbangan kos rendah itu menambah 2.0 sen kepada RM2.95 selepas turun naik antara RM2.93 dan RM2.98, dengan 3.33 juta saham diniagakan.

Kumpulan itu mengumumkan bahawa kekerapan tambahan itu ialah dari hab Kuala Lumpur ke Bangkok, Kota Kinabalu, Sibu, Kuching dan Johor Baharu, manakala hab Johor Baharu akan menyaksikan kekerapan tambahan ke Kuching, Sibu, Miri dan Pulau Pinang.

Kekerapan tambahan akan diadakan dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu dan Kuching serta dari Kota Kinabalu ke Kuching.