KUALA LUMPUR: PPB Group Berhad terpaksa menaikkan harga jualan produknya sebanyak 10% setakat ini akibat terkesan dengan kenaikan bahan mentah khususnya tepung kesan daripada krisis Rusia-Ukraine.
Pengarah Urusannya, Lim Soon Huat berkata, sebagai antara pengeluar gandum terbesar dunia dengan 30% bekalan global, krisis berkenaan dilihat memberi kesan kepada ekosistem bahan mentah global sekali gus menghimpit pengeluar produk makanan.
Katanya, pergolakan geopolitik itu juga akan meningkatkan ketidaktentuan harga bahan mentah terkesan dengan kenaikan harga komoditi lain, logistik, pengangkutan, cuaca dan kekurangan pekerja akibat COVID-19.
"Kami sudah menyemak semula harga tepung setiap bulan sejak suku ketiga tahun lalu susulan ketidaktentuan ekstrim kos gandum.
"Sumber bekalan mentah kami juga dari Amerika Syarikat (AS), Australia dan Kanada, dengan sebahagian kawasan di Australia menghadapi musim kemarau melampau.
"Konflik Rusia-Ukraine pula akan menyebabkan bekalan gandum terjejas, cuma sukar untuk kami membuat unjuran harga niaga hadapan disebabkan ketidaktentuan besar dan situasi yang tidak pernah terjadi ketika ini.
"Kos tepung merangkumi 85 hingga 95% daripada jumlah keseluruhan kos pengeluaran bergantung kepada produk dan loasi, jadi kenaikan harga bahan mentah memberi tekanan besar kepada kami untuk mengekalkan harga produk," memetik laporan Berita Harian pada Khamis.
Soon Huat berkata, selain gandum, Rusia dan Ukraine adalah pembekal jagung yang merangkumi 90% bekalan dunia dan kedua-dua negara itu turut mengeksport 80% bunga matahari.
"Pergolakan juga menyebabkan bahan mentah mungkin tidak boleh dibawa keluar dari Rusia dan Ukraine selepas pelabuhan mereka ditutup.
"Kami melihat kenaikan kos yang memberi kesan kepada operasi syarikat dan anak syarikat lain ditambah pula dengan kos untuk menjalankan perniagaan yang turut meningkat.
"Namun, kami akan cuba meminimumkan kos harga dan apabila tiada lagi pilihan, kami akan memindahkan kenaikan yang perlu ditanggung kepada pengguna," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Mar 03 2022

PPB Group Berhad terpaksa menaikkan harga jualan produknya sebanyak 10% setakat ini akibat terkesan dengan kenaikan bahan mentah khususnya tepung kesan daripada krisis Rusia-Ukraine. -Dagang News

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Harga produk PPB Group naik 10% akibat kenaikan harga bahan mentah kesan krisis Rusia-Ukraine
Pergolakan geopolitik itu juga akan meningkatkan ketidaktentuan harga bahan mentah terkesan dengan kenaikan harga komoditi lain, logistik, pengangkutan, cuaca dan kekurangan pekerja akibat COVID-19.