KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan harga minyak sawit mentah akan kekal tinggi buat sementara waktu dipengaruhi pelbagai faktor.
Ini terutamanya disebabkan gangguan bekalan minyak sayuran utama yang timbul daripada keadaan cuaca yang kurang baik, ketegangan geopolitik dan masalah bekalan baja yang berlarutan.
Menurut firma itu, harga minyak sawit mentah telah mencecah setinggi RM8,076 satu tan metrik pada awal Mac lalu sebelum menyederhana baru-baru ini kepada RM6,700 satu tan metrik dan kini berlegar pada purata RM6,400 satu tan metrik.
Katanya, harga produk minyak sawit yang lebih tinggi itu telah memberi kelebihan kepada kesemua 8 syarikat perladangan di bawah liputannya dengan merekodkan hasil teras yang lebih tinggi pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022.
"Melihat kepada faktor ini, kami mengekalkan unjuran minyak sawit mentah bagi 2022 pada RM5,500 satu tan metrik diikuti RM4,500 bagi 2023 dan 2024," katanya dalam nota kajian hari ini.
Secara keseluruhan, firma itu mengekalkan pandangan 'overweight' terhadap sektor perladangan memandangkan harga minyak mentah yang tinggi dalam tempoh terdekat akan menyumbang kepada hasil yang lebih baik.
Pilihan utamanya bagi sektor itu, antaranya, FGV Holdings Bhd. dengan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM2.53 sesaham diikuti IOI Corp. Bhd. (beli, TP : RM5.07).
Selain itu, turut menjadi pilihannya termasuklah Kuala Lumpur Kepong Bhd. (KLK) (beli, TP : RM34.16) dan Sime Darby Plantation Bhd. (beli, TP : RM6.06).
Menurut HLIB, semua syarikat perladangan kecuali FGV dan KLK merekodkan hasil teras yang lebih rendah pada suku pertama, diheret turun terutamanya musim pengeluaran buah tandan segar yang lebih rendah.
Namun, katanya, kelemahan itu diimbangi dengan harga minyak sawit yang tinggi direkodkan pada suku berkenaan.
"Dalam kalangan 8 syarikat di bawah liputannya, FGV mencatatkan pertumbuhan hasil teras yang lebih tinggi dan ini didorong terutamanya daripada harga minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan caj bersih LLA yang lebih rendah," jelasnya.
Firma itu juga mendapati, di sebalik masalah kekurangan buruh di Malaysia, 4 daripada 7 syarikat perladangan (iaitu FGV, IOI, Hap Seng Plantations Holdings Bhd. dan KLK) menunjukkan pertumbuhan pengeluaran buah tandan segar yang positif disebabkan keadaan cuaca yang lebih baik di Sabah. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Jun 09 2022

Semua syarikat perladangan kecuali FGV dan KLK merekodkan hasil teras yang lebih rendah pada suku pertama, diheret turun terutamanya musim pengeluaran buah tandan segar yang lebih rendah. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Harga minyak sawit dijangka kekal tinggi, berlegar RM5,500 satu tan metrik tahun ini
Gangguan bekalan minyak sayuran utama timbul susulan keadaan cuaca kurang baik, ketegangan geopolitik dan masalah bekalan baja.