Selangor akan memberi tumpuan kepada tiga industri iaitu halal, e-dagang dan sains hayat dalam Ekspo Antarabangsa Selangor 2016 untuk menarik lebih ramai pelabur ke negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, dan Pengangkutan Negeri, Datuk Teng Chang Khim berkata, ekspo tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negeri yang dilihat mempunyai potensi besar dalam pasaran tempatan dan luar negara.
"Saya menyeru para usahawan dan mereka yang terlibat dalam tiga industri fokus itu merebut peluang ini bagi mengembangkan perniagaan mereka melalui ekspo perniagaan ini.
"Kami akan terus mewujudkan persekitaran yang kondusif dan mesra pelabur dengan cara mewujudkan jaringan perniagaan baharu, perkhidmatan serta insentif yang kompetitif yang disediakan agensi pelaburan berkaitan serta mempromosikan Selangor ke seluruh dunia sebagai 'Negeri Emas Malaysia'," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Teng berkata demikian selepas merasmikan detik tujuh hari sebelum bermulanya Ekspo Antarabangsa Selangor 2016 anjuran Invest Selangor yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan.
Menurutnya, ekspo itu juga bakal menjadi landasan terbaik kepada syarikat tempatan dan luar negara untuk menjalinkan hubungan perniagaan di samping mengembangkan skop perniagaan mereka.
Beliau berkata penganjuran kali kedua ekspo berkenaan membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap pelabur, komuniti perniagaan tempatan dan luar negara dengan menyediakan peluang tambahan bagi memacu perniagaaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
"Tahun lalu mencatatkan penyertaan 400 pempamer dan 282 daripadanya adalah pempamer antarabangsa.
"Bagi tahun ini, penyertaan dijangka lebih besar dan sehingga kini hampir 600 syarikat telah membuat pengesahan untuk menyertai ekspo tersebut termasuk dari negara China, Hong Kong, Taiwan, India, Iran dan Eropah," kata Teng.
Sementara itu, katanya, tokoh dan selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Rosyam Noor, Datuk Siti Nurhaliza dan Pengasas syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D'Herbs) Datuk Aliff Syukri Kamarzaman akan turut memeriahkan ekspo tersebut dengan berkongsi pengalaman dalam bidang perniagaan serta kejayaan mereka masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2016
Industri halal adalah antara yang akan diberi perhatian dalam Ekspo Antarabangsa Selangor 2016 pada 20 hingga 22 OKtober ini. - Gambar fail
Kanak-kanak diculik nyaris dijual kepada sindiket pelacuran - Ketua Polis Selangor
Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang dekat sini Selasa lepas dipercayai turut dicabul kehormatan selain cuba dijual kepada sindiket pelacuran.
Pemanis tanpa kalori dari tebu 'shugaZERO' untuk gaya hidup lebih sihat
ShugaZERO, pemanis tanpa kalori daripada tebu keluaran BaseFood tampil sebagai penyelesaian inovatif menggantikan gula biasa, sambil mengekalkan rasa manis yang digemari pengguna.
Perkongsian awam-swasta penting, pacu ekonomi digital ASEAN - CEO MDEC
Perkongsian awam-swasta (PPP) berperanan penting dalam membentuk masa depan ASEAN, khususnya untuk memacu ekonomi digital ke hadapan kerana sektor itu merupakan tulang belakang kemajuan.
MPPN lulus pembangunan ruang sosial perumahan kos rendah dalam KRT
Cadangan pembangunan ruang sosial dan fizikal di kawasan Rukun Tetangga (KRT) perumahan strata kos rendah dalam bandar telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN).
Dua lelaki diburu kes rompak jongkong emas RM5.9 juta
Polis memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun berkawan dan bersenjata melibatkan jongkong emas milik sebuah syarikat di Kompleks Industri Puchong, dekat sini pada 13 September lepas.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas akibat banjir
Tiada haiwan di Zoo Negara terjejas banjir akibat hujan lebat pada Selasa lepas.
Kewarganegaraan: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 lulus, ini yang perlu diketahui
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan dengan sokongan lebih dua pertiga.
AS mahu tingkat kerjasama dalam sektor gas, aeroangkasa dengan Sarawak
Duta AS ke Malaysia Edgard D. Kagan berkata Sarawak memiliki potensi besar dan kepakaran dalam sektor aeroangkasa dan gas itu selain mencapai kemajuan yang ketara dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.
Belanjawan 2025: Usahawan Wanita Pedalaman Sabah tunggu berita gembira
Tambahan peruntukan dana atau geran kepada usahawan wanita khususnya di kawasan pedalaman Sabah menjadi harapan utama golongan ini menjelang pembentangan Belanjawan 2025
Sarawak alu-alukan bantuan saintis dalam pembentukan dasar - Abang Johari
Kerajaan negeri kini beri penekanan kepada mencari jalan memanfaatkan kekuatan, terutamanya dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.
Projek Pulau Silikon di Pulau Pinang berada di landasan betul dalam tahun pertama
PIC sentiasa mengutamakan keterangkuman dalam agenda pembangunan, memastikan tiada komuniti atau entiti yang ketinggalan.
Belanjawan 2025: Peruntukan pelancongan lebih besar tarik pengunjung ke Malaysia - Fernandes
AirAsia berharap Belanjawan 2025 akan menawarkan lebih banyak inisiatif yang dilaksanakan bagi mempromosi dan menonjolkan Malaysia.
Cuaca luar biasa dijangka jejas aktiviti ekonomi di Asia Tenggara
Asia Tenggara dijangka mengalami hujan lebih lebat berbanding biasa dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Persiapan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perkara berkenaan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari kepada Perdana Menteri.
Trio yang berpangkalan di AS menang Hadiah Nobel Ekonomi, kajian ketidaksamaan global
Trio pakar ini membantu menerangkan mengapa "jurang antara kaya dan miskin begitu berterusan."
Kemajuan ‘Bandar Singa’, cerita daya tahan kendiri mendepani dunia
Menteri kabinet Singapura, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkongsi cerita daya tahan Singapura dalam perjalanan membina negara bandar berkenaan.
Belanjawan negara fokus reformasi struktur, pelaburan untuk kesejahteraan rakyat - MKII
Belanjawan negara bukanlah sekadar alat untuk menggembirakan rakyat atau menarik pelabur, tetapi sebagai mekanisme penting untuk mengutamakan keperluan ekonomi negara.
Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.