KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd. (KPJ) terus komited terhadap agenda transformasi teknologi dan penawaran perkhidmatan perubatan secara holistik dalam usaha memperkasa momentum prestasi kumpulan selain mentakrifkan semula penjagaan kesihatan di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Komersialnya, Dr. Nik Fawaz Nik Abdul Aziz berkata, transformasi digital memberi cabaran besar terhadap model penjagaan kesihatan tradisional, namun ia menyediakan manfaat bagi akses penyelesaian perubatan terbaik menerusi inovasi teknologi.
“Kita perlu mengambil kebaikan daripadanya… misalnya melihatkan kepada penggunaan telemedicine sebelum ini dan bagaimana hospital meningkatkan perkhidmatan dan penjagaan kesihatan kepada pesakit melalui adaptasi kecerdasan buatan (AI), internet pelbagai benda (IoT), robotik, automasi serta pelbagai lagi usaha.
“KPJ turut menjalinkan kerjasama erat dengan rakan penyedia kesihatan lain bagi memperkukuh kedudukan kumpulan, malah baru-baru ini juga kita menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Samsung, Fujifilm yang mana sinergi ini mampu memberi manfaat khusus kepada para pesakit,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui di Menara KPJ di sini pada Isnin.
KPJ yang merawat lebih tiga juta pesakit setiap tahun itu kini mengendalikan 29 buah hospital di seluruh Malaysia serta satu hospital di Indonesia selain masing-masing satu di Bangladesh dan Thailand.
Menurut Nik Fawaz, sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan, pihaknya mempunyai banyak data yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan lebih baik menerusi kerjasama Universiti KPJ Healthcare (KPJU) dalam membuat kajian melaluinya.
“Penambahbaikan boleh dijalankan daripada dapatan kajian data raya yang tentunya memberi manfaat kepada para pesakit. Sudah tentu kita bercakap tentang perkhidmatan berpusatkan pesakit (patient-centric) kerana itu pastinya menjadi tumpuan penuh KPJ.
“Selain itu, kita turut melihat kepada fasiliti klinikal Pusat Jagaan Ambulatori (ACC) KPJ yang membolehkan kita melakukan kes pembedahan harian… ia menawarkan lebih aksesibiliti, kos rawatan berpatutan berbanding di hospital. Sekiranya ada pesakit yang ingin membuat endoskopi atau melibatkan pembedahan ringkas juga boleh dilakukan di sini,” ujarnya.
ACC KPJ juga menyediakan perkhidmatan rawatan mata seperti pembedahan katarak, gigi, telinga, hidung dan leher (ENT), pengimejan seperti X-Ray, dan ultrasound, yang boleh dilakukan tanpa memasuki wad.
Merealisasikan strategi kumpulan sambil meningkatkan komitmen untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan rakyat Malaysia, KPJ terus menambah baik pengalaman pesakit di hospital dan penjagaan khusus melalui pelancaran Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) pada Mei lalu.
Hospital terbaharu itu menggabungkan precision medicine (perubatan jitu), diagnostik berlandaskan teknologi dan penyampaian penjagaan pesakit khusus individu. Penubuhannya turut mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Baharu Terbaik di Asia Pasifik daripada Anugerah Global Health Asia-Pacific Healthcare and Hospital 2023.
KPJ juga mengendalikan pusat jagaan warga emas dan dibantu di Kuala Lumpur; Kuantan, Pahang dan Sibu, Sabah serta Brisbane, Australia yang menawarkan penjagaan jangka pendek dan panjang. Perkhidmatan itu terdiri daripada penjagaan orang tua secara langsung, perkhidmatan pemulihan selain penjagaan selepas bersalin.
Terdahulu, keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd. melonjak kepada RM51.9 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 berbanding RM22.14 juta direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.
Haikal Raman
Mon Aug 07 2023
![Hala tuju KPJ: Adaptasi teknologi semasa, tawar perkhidmatan perubatan holistik Hala tuju KPJ: Adaptasi teknologi semasa, tawar perkhidmatan perubatan holistik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691382865_KPJ.jpg)
KPJ Ambulatory Care Centre (ACC) menyediakan perkhidmatan pembedahan ringkas seperti pembersihan katarak, rawatan gigi, endoskopi, ENT, pengimejan dan ultrasound.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Hala tuju KPJ: Adaptasi teknologi semasa, tawar perkhidmatan perubatan holistik Hala tuju KPJ: Adaptasi teknologi semasa, tawar perkhidmatan perubatan holistik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691382865_KPJ.jpg)
Hala tuju KPJ: Adaptasi teknologi semasa, tawar perkhidmatan perubatan holistik
KPJ turut menjalinkan kerjasama erat dengan rakan penyedia kesihatan lain bagi memperkukuh kedudukan kumpulan.
![Untung bersih KPJ melonjak kepada RM51.9 juta bagi suku pertama Untung bersih KPJ melonjak kepada RM51.9 juta bagi suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51596127926_KPJHealthcareBhd.jpg)
Untung bersih KPJ melonjak kepada RM51.9 juta bagi suku pertama
Perolehan KPJ pula meningkat kepada RM828.98 juta daripada RM641.64 juta, kenaikan sebanyak 29 peratus, bagi tempoh yang sama.
![Eh, ingat masih moratorium... antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan Eh, ingat masih moratorium... antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645158616_TBOPSKENDERAANBERAT.jpg)
"Eh, ingat masih moratorium..." antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan
Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa memeriksa lesen memandu lebih-lebih lagi menjelang tarikh ulang tahun kelahiran.
![Seorang lagi ditahan bantu siasatan kes pemerdagangan manusia - KP N. Sembilan Seorang lagi ditahan bantu siasatan kes pemerdagangan manusia - KP N. Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628069511_TBDatukMohamadMa.jpg)
Seorang lagi ditahan bantu siasatan kes pemerdagangan manusia - KP N. Sembilan
Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia yang didakwa bagi tujuan eksploitasi seks, Sabtu lepas.
![KPJ Healthcare jual kepentingan dalam hospital Indonesia KPJ Healthcare jual kepentingan dalam hospital Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51596127926_KPJHealthcareBhd.jpg)
KPJ Healthcare jual kepentingan dalam hospital Indonesia
KPJ Healthcare Bhd telah melupuskan kseluruhan 80 peratus kepentingan dalam operasi hospital pakar di Jakarta Barat, Indonesia.
![Saham Hartalega, Top Glove meningkat susulan WHO isytihar COVID-19 sebagai pandemik Saham Hartalega, Top Glove meningkat susulan WHO isytihar COVID-19 sebagai pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583989293_RubberIndustry.jpg)
Saham Hartalega, Top Glove meningkat susulan WHO isytihar COVID-19 sebagai pandemik
Saham syarikat pembuat sarung tangan getah, Hartalega Holdings Bhd dan Top Glove Corporation Bhd diniagakan tinggi hari ini.
![Abang bomba, JPJ sahut Panama Dance Challenge! Abang bomba, JPJ sahut Panama Dance Challenge!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520637903_bomba.jpg)
Abang bomba, JPJ sahut Panama Dance Challenge!
Para anggota perkhidmatan awam kita menampilkan sisi lain diri mereka di sebalik uniform masing-masing.
![KPJ akan buka hospital pakar di Batu Pahat KPJ akan buka hospital pakar di Batu Pahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61476716149_KPJPasirGudang.jpg)
KPJ akan buka hospital pakar di Batu Pahat
Puteri Specialist Hospital (Johor) Sdn Bhd, anak syarikat KPJ Healthcare Bhd merancang membuka sebuah hospital pakar di Batu Pahat, Johor, yang menelan kos RM67.6 juta.
![Pekerja TH terima ganti rugi RM67,000 kerana lipas dalam makanan hospital Pekerja TH terima ganti rugi RM67,000 kerana lipas dalam makanan hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61461296696_KPJ.jpg)
Pekerja TH terima ganti rugi RM67,000 kerana lipas dalam makanan hospital
Seorang pegawai TH melalui pengalaman menjijikkan apabila termakan bahagian kepala dan kaki seekor lipas yang ditemui di dalam makanannya.
![SAMM bantah hospital swasta taja Rozita Che Wan bersalin SAMM bantah hospital swasta taja Rozita Che Wan bersalin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/61386754985_295x200.jpg)
SAMM bantah hospital swasta taja Rozita Che Wan bersalin
SAMM membantah keras cadangan Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) yang berhasrat memberikan tajaan kepada pelakon Rozita Che Wan.