IPOH: "Eh, ingat masih moratorium". Itu antara alasan yang diberikan pengguna jalan raya sewaktu disaman dalam Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Ipoh Utara (arah selatan) semalam.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak Mohammad Yusoff Abustan berkata dalam operasi itu, sebanyak 159 kesalahan dicatatkan termasuk tidak memperbaharui lesen memandu selain cukai jalan tamat tempoh dengan alasan moratorium yang sebenarnya tamat pada 31 Disember 2021.
"Ada antara pengguna jalan raya memberi alasan pelepasan moratorium kononnya akibat kesibukan rutin harian sehingga lupa untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh," katanya dalam sidang media pada operasi tersebut yang berakhir 12 tengah malam tadi.
Susulan itu, beliau menasihati pengguna jalan raya untuk sentiasa memeriksa lesen memandu lebih-lebih lagi menjelang ulang tahun kelahiran yang biasanya tamat tempoh pada hari tersebut.
"Kalau sudah terlepas tempoh, perbaharui lesen di mana-mana cawangan JPJ berdekatan, di pejabat pos dan MyEG Services Sdn Bhd (MyEG) selain kios perkhidmatan di beberapa lokasi seperti di JPJ Ipoh, Taiping, Manjung, Tapah dan Teluk Intan," katanya.
Dalam operasi itu, antara kesalahan lain yang direkodkan adalah berkaitan dadah dan juga imigresen termasuk penangkapan seramai lima pendatang tanpa izin.
Operasi bersepadu itu membabitkan 96 kekuatan anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi seperti Unit Penguatkuasa Lebuhraya (UPLR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kakitangan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) selain JPJ.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
![Eh, ingat masih moratorium... antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan Eh, ingat masih moratorium... antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645158616_TBOPSKENDERAANBERAT.jpg)
Operasi melibatkan seramai 96 kekuatan anggota dari pelbagai agensi adalah bertujuan untuk memastikan kenderaan perdagangan dan kenderaan perkhidmatan pengangkutan awam selamat digunakan. - Bernama
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
Niaga AWANI: Potongan 50 peratus bagi pendaftaran domain .my dan .com.my
MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan memberi potongan harga hingga 50 peratus bagi pendaftaran domain .MY dan .COM.MY yang baharu.
Niaga AWANI: K'jaan Persekutuan, Negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur – PM
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Niaga AWANI: KDNK Jepun meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku kedua
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun mencatatkan pertumbuhan 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku tahun kedua tahun ini, menurut data awal yang dikeluarkan kerajaan Jepun, lapor Sputnik.
Niaga AWANI: Zus Coffee lancar ciri derma baharu dalam aplikasi
ZUS Coffee menjadi syarikat terbaharu yang menyuarakan sokongannya terhadap Palestin.
![KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719502719_DatukArmizanMohdA.jpg)
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
KPDN mempelawa pasar raya besar seperti Lotus's untuk membuka cawangan mereka di Sabah dan Labuan.
![Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626243436_RinggitMalaysia.jpg)
Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi
Sehingga akhir Jun tahun ini, paras hutang statutori mencecah 56.8 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.
![Permohonan moratorium mulai hari ini! Ini pautan untuk anda memohon Permohonan moratorium mulai hari ini! Ini pautan untuk anda memohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603960879_moratorium.jpg)
Permohonan moratorium mulai hari ini! Ini pautan untuk anda memohon
Jurucakap BNM menjelaskan faedah keuntungan hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.
![MEF mahu moratorium diperluaskan kepada kumpulan M40, lebih banyak perniagaan MEF mahu moratorium diperluaskan kepada kumpulan M40, lebih banyak perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623249938_Pavilion.jpg)
MEF mahu moratorium diperluaskan kepada kumpulan M40, lebih banyak perniagaan
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mencadangkan agar skop moratorium di bawah Pemerkasa PLUS diperluaskan kepada kumpulan M40 dan semua jenis perniagaan.
![Gabungan NGO gesa lanjut moratorium automatik enam bulan lagi Gabungan NGO gesa lanjut moratorium automatik enam bulan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602918735_moratorium.jpg)
Gabungan NGO gesa lanjut moratorium automatik enam bulan lagi
Dalam perkembangan sama, satu petisyen turut digerakkan di laman www.change.org yang mensasarkan tandangan sebanyak 15,000.
![Total lockdown: Ramai di ambang muflis, pengusaha bas harapkan moratorium, bantuan kewangan Total lockdown: Ramai di ambang muflis, pengusaha bas harapkan moratorium, bantuan kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622619486_bas.jpg)
Total lockdown: Ramai di ambang muflis, pengusaha bas harapkan moratorium, bantuan kewangan
Ketika ini ramai yang sedang menanti untuk diisytiharkan muflis disebabkan tidak mampu lagi membayar ansuran bas yang dibeli.
![Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40 Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622539284_felokorporat.jpg)
Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40
Kelulusan secara automatik bagi permohonan moratorium serta pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus akan diberi oleh bank kepada golongan yang terjejas.
![Pemerkasa PLUS: Isi rumah terima tambahan BPR RM500, bujang RM100 Pemerkasa PLUS: Isi rumah terima tambahan BPR RM500, bujang RM100](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622466950_PerutusanKhasPerda.jpg)
Pemerkasa PLUS: Isi rumah terima tambahan BPR RM500, bujang RM100
Perdana Menteri berkata, bayaran BPR tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti.
![Hubungi BNM jika bank enggan memendekkan tempoh pinjaman Hubungi BNM jika bank enggan memendekkan tempoh pinjaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613025376_Gabenor.jpg)
Hubungi BNM jika bank enggan memendekkan tempoh pinjaman
Pengguna berhak meminta pihak bank memendekkan tempoh bayaran balik hutang mereka apabila mereka berkemampuan meningkatkan bayaran.
![Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi, rakyat - Gabenor Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi, rakyat - Gabenor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613018019_NorShamsiahMohdYu.jpg)
Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi, rakyat - Gabenor
moratorium bersasar adalah lebih baik berbanding moratorium menyeluruh kerana ia memberi pilihan kepada peminjam untuk membuat keputusan kewangan sendiri
![PKP 2.0: Laksana semula moratorium secara menyeluruh - DPDM PKP 2.0: Laksana semula moratorium secara menyeluruh - DPDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61589348463_ChrisDanielWongP.jpg)
PKP 2.0: Laksana semula moratorium secara menyeluruh - DPDM
Daniel Wong berkata, kerajaan juga tidak perlu memikirkan tentang kemampuan institusi perbankan kerana perkara itu boleh dilaksanakan.