KUALA LUMPUR: GXBank, bank digital pertama Malaysia, telah melancarkan perkhidmatannya secara rasmi di negara ini.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Acara pelancaran yang berlangsung pada Rabu disempurnakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah GXBank, Datuk Zaiton Mohd Hassan.
Ia turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Pegawai Eksekutif GXBank, Pei Si Lai.
GXBank menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan merangkumi simpanan, pelan persaraan dan penjejakan kemajuan.
Menerusi prapelancaran versi beta menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sedang menabung untuk kecemasan, percutian dan pelaburan.
Pelanggan boleh memperoleh faedah harian sebanyak tiga peratus setahun apabila mereka menyimpan wang mereka dalam akaun utama atau "Poket."
Kad debit GXBank, dipanggil Kad GX, adalah perkongsian kerjasama antara GXBank dan Mastercard.
Ia menawarkan pulangan tunai satu peratus tanpa had untuk setiap perbelanjaan dalam talian dan luar talian dengan kad, sifar markup atau yuran untuk transaksi asing, pengecualian yuran RM1 apabila digunakan di 10,000+ MEPS ATM di seluruh negara, dan 1.5x mata GrabRewards apabila pengguna berbelanja di Jaya Grocer.
Sebagai bank digital, GXBank diwujudkan berteraskan teknologi tanpa cawangan fizikal.
Ini menjadikan Kad GX sangat istimewa kerana ia satu-satunya manifestasi fizikal GXBank yang boleh disimpan oleh pelanggan.
GXBank dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia, dan semua deposit dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit, selaras dengan piawaian kawal selia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web GXBank atau muat turun aplikasi di Google Play atau Apple App Store.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Nov 30 2023

GXBank menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan merangkumi simpanan, pelan persaraan dan penjejakan kemajuan. - Foto GX Bank
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Pengguna GXBank kini boleh membuat transaksi guna kod QR DuitNow
GX Bank Berhad (GXBank) kini menyokong ciri pembayaran menggunakan kod QR DuitNow yang membolehkan transaksi dibuat dengan mudah dan pantas.
![[KOLUMNIS] Peranan bank-bank digital dalam keterangkuman kewangan [KOLUMNIS] Peranan bank-bank digital dalam keterangkuman kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704886620_TBGXBANK.jpg)
[KOLUMNIS] Peranan bank-bank digital dalam keterangkuman kewangan
Antara cabarannya adalah geografi, kadar celik digital dan kebolehan meningkatkan keupayaan untuk membayar kembali pembiayaan.

GXBank dilancarkan, tawar rangkuman kewangan pelbagai lapisan masyarakat
Aplikasi bank itu menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.