Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia) merancang untuk membuka antara 25 dan 30 kedai baharu pada tahun depan selaras dengan pelaksanaan pelan pengembangan untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran runcit kesihatan dan kecantikan domestik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Peter J Dove berkata selain pembukaan kedai baharu, syarikat akan turut membaik pulih 70 buah kedai dan menutup 15 kedai sedia ada yang kurang berprestasi.
Pada masa ini, Guardian Malaysia mempunyai 430 buah cawangan di seluruh negara dan meraih 30 peratus daripada bahagian pasaran dalam segmen kesihatan dan kecantikan.
"Di peringkat domestik, pasaran runcit semasa adalah sukar dan permintaan rendah. Kami melaksanakan penyelidikan dan menghasilkan konsep baharu, yang menyelaraskan produk dengan permintaan pengguna, dan kemudian melihat sambutan pelanggan," katanya kepada Bernama selepas melancarkan kedai konsep Guardian di Kuala Lumpur City Centre.
Peruncit dalam subsektor farmasi dan penjagaan diri itu menjangka mencatat pertumbuhan sebanyak 11.4 peratus pada suku ketiga 2016.
Guardian Malaysia turut merancang untuk melaksanakan idea kedai konsep yang sama bagi 10 daripada 40 kedai utamanya di seluruh negara.
"Kami juga akan memperkenalkan dan menceburi e-dagang pada tahun depan untuk mencapai lebih ramai pelanggan," katanya, yang enggan menyatakan jumlah pelaburan untuk membangunkan platform e-dagang yang baharu dan kedai konsep baharu.
Sementara itu, kedai konsep baharu itu menggabungkan ciri-ciri mesra pengguna termasuk sudut "Make Me Up", yang menumpukan kepada memenuhi keperluan pengguna, menekankan trend dan produk kosmetik terkini, selain menawarkan bahagian untuk mencuba produk.
Guardian Malaysia juga telah memperluaskan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa yang baharu, pada masa sama menerajui inisiatif farmasi perdagangan moden yang pertama dengan senarai produk kesihatan herba Cina tradisional. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2016
Pada masa ini, Guardian Malaysia mempunyai 430 buah cawangan di seluruh negara.
Azlan Man tempah percutian keluarga ke London RM687,785.40 menerusi k'jaan negeri- Saksi
Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pernah membuat tempahan percutian keluarga ke London, United Kingdom dengan kos berjumlah lebih RM687,000 menerusi kerajaan negeri Perlis.
Pembantu Akaun Sri Kedawang Travel Tours (W) Sdn Bhd, Fazilah Jelani, berkata Azlan membuat tempahan tiket penerbangan, hotel penginapan dan pengangkutan yang diuruskan oleh syarikat pelancongan itu pada 2013, 2014 dan 2015.
Pembantu Akaun Sri Kedawang Travel Tours (W) Sdn Bhd, Fazilah Jelani, berkata Azlan membuat tempahan tiket penerbangan, hotel penginapan dan pengangkutan yang diuruskan oleh syarikat pelancongan itu pada 2013, 2014 dan 2015.
Sindiket ejen haram tawar perkhidmatan imigresen online tumpas
Jabatan Imigrisen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen melalui media sosial yang beroperasi selama sebulan, berikutan penahanan lapan individu dalam satu operasi khas pada 15 Ogos lalu.
Wanita nyaris maut, rumah dirempuh lori kontena
Seorang wanita nyaris maut selepas rumahnya di Taman Desa Bayan Emas, Bukit Kayu Hitam, Kedah dirempuh sebuah lori kontena pada Isnin.
Mayat dua wanita ditemui dalam longkang
Mayat dua wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada lewat petang Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.
Muhyiddin wajar mohon maaf, pulih keraguan dicetuskan terhadap Agong - Pemuda UMNO
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menyatakan permohonan maaf secara rasmi dan terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi
Tumpuan Selasa – 20 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Tindas warga Islam Xinjiang: 'Panorama' dedah bukti, China tegas nafi
Rancangan televisyen BBC siar dokumen rahsia dedah cara rakyat Islam Xinjiang dalam tahanan dipaksa jalani proses indoktrinasi.