KUALA LUMPUR:Kerajaan hanya akan melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas kajian terperinci dilakukan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kepentingan rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Abd Rahim Bakar berkata walaupun diakui ia merupakan sistem percukaian yang komprehensif berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST), namun kerajaan mengambil iktibar perkara yang berlaku sebelum ini sehingga menimbulkan pelbagai polemik.
"Sememangnya GST ini merupakan satu sistem percukaian yang komprehensif, tetapi pada masa yang sama ia turut mempunyai kelemahan dalam aspek pelaksanaan, oleh itu kerajaan akan melakukan kajian yang lebih terperinci.
"Mungkin kelemahan seperti soal bayaran balik sehingga menimbulkan kesan kepada indeks harga pengguna menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menggulung Rang Undang-Undang Eksesais (Pindaan) 2020 di Dewan Negara hari ini.
Beliau yakin sekiranya semua kelemahan itu dapat diatasi, GST akan dapat dilaksanakan kembali dan akan mendapat sokongan pelbagai pihak sekali gus akan meningkatkan kembali pendapatan kerajaan.
Sementara itu, Abd Rahim berkata kerajaan memandang serius tentang kegiatan ekonomi gelap, menyebabkan ketirisan hasil sebanyak RM300 billion seperti yang dibangkitkan oleh Senator Datuk Othman Aziz.
"Kerajaan amat mengambil berat soal ini dan akan memastikan ia dapat diatasi untuk meningkatkan hasil kerajaan.
"Beberapa peruntukan undang-undang diperketatkan dan agensi penguat kuasa dikoordinasi untuk memastikan usaha penguatkuasaan dapat dipertingkatkan sekali gus mengelakkan ketirisan," katanya.
Ekonomi gelap merupakan aktiviti ekonomi yang tidak direkodkan menyebabkan kerajaan tidak dapat mengutip cukai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 28 2020
GST diakui sistem percukaian yang komprehensif, tetapi mempunyai kelemahan dalam aspek pelaksanaan sebelum ini. - Gambar hiasan
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.
Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 - PM Anwar
Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.
PM Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.
Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan GST sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95.
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.
Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.
Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF
Kutipan hasil cukai berasaskan penggunaan telah berkurangan selepas SST dilaksanakan semula bagi menggantikan GST.
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.