Penyedia perkhidmatan pengangkutan e-panggilan, Grab akan mengadakan program 'Tenkiu Fa Cai' bagi menghargai jasa pemandu perkhidmatan berkenaan yang bertungkus lumus menjadikan syarikat itu sebagai pilihan pertama dalam industri pengangkutan e-panggilan.
Ketua GrabCar dan GrabTaxi Luar Lembah Klang, Justin Tiew berkata program itu adalah julung kali diadakan dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama pemandu yang menjadi tulang belakang kepada syarikat berkenaan.
"Antara pengisian program adalah Rumah Terbuka Grab dikhususkan kepada pemandu dan keluarga mereka serta pemberian ganjaran kepada pemandu melalui GrabRewards, dengan pelanggan boleh memberi tip RM3 kepada pemandu mereka menggunakan mata GrabRewards bermula 9 Feb hingga 1 Mac ini.
"Kita juga akan mengadakan program Pelanggan Misteri di mana kakitangan Grab akan memberi kejutan kepada pemandu Grab dengan hadiah dan video ucapan perayaan sambutan Tahun Baharu Cina," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Grab Johor, di sini, pada Khamis.
Justin berkata Grab juga akan mengadakan penyampaian Anugerah Hero Tidak Didendang kepada pemandu yang mempunyai prestasi cemerlang sepanjang 2017.
"Antara kategori dipertandingkan adalah anugerah 'Go Beyond' kepada pemandu yang melakukan lebih daripada perkhidmatan sekadar memandu, selain anugerah 'Rising Star', 'Lifetime' dan 'Most Valuable Driver'," katanya.
Program tersebut akan bermula di Lembah Klang, sebelum ke Johor Bahru pada 24 Feb dan diikuti Melaka, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Dalam pada itu, pemandu Grab, Muhammad Faris Aziz, 30, berkata program itu merupakan program yang baik dalam mengiktiraf kepentingan peranan pemandu seperti dirinya dalam syarikat berkenaan.
"Ia satu program yang bagus sebab bukan selalu dapat jumpa syarikat memberi penghargaan kepada pekerja sepertimana dilakukan Grab.
"Saya mula menjadi pemandu Grab sepenuh masa pada 2016. Alhamdulillah, ia memberi saya pulangan yang baik dan mempunyai masa yang banyak bersama keluarga," katanya.
Tey Du Heng, 37, pula berkata bekerja sebagai pemandu Grab memberi kebebasan untuk memilih waktu kerja sendiri berbanding pekerjaannya sebelum ini sebagai penyelia kawasan pembinaan.
"Saya mampu meraih pendapatan lebih sekiranya memandu selama 12 jam jika dibandingkan dengan bekerja selama 12 jam. Waktu memandu juga mengikut keselesaan kita dan masa kita, jadi saya mempunyai masa menghantar anak ke sekolah dan menghabiskan masa bersama keluarga.
"Saya memandu pada purata lapan hingga 12 jam sehari di sekitar kawasan bandar terutamanya di Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen Johor Bahru kerana kebanyakan pelanggan berada di sana," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Feb 22 2018

Grab juga akan mengadakan penyampaian Anugerah Hero Tidak Didendang kepada pemandu yang mempunyai prestasi cemerlang sepanjang 2017.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Grab tidak terlibat dalam surat terbuka AIC kepada PM Anwar
Pihak Grab berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan atau dirujuk mengenai surat terbuka kepada Perdana Menteri.

KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel
KWSP cadang Akaun 3 diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.

Mahkamah Tinggi batalkan cadangan denda RM86.77 juta MyCC kenakan terhadap Grab
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh turut memerintahkan suruhanjaya tersebut membayar kos RM20,000 kepada ketiga-tiga syarikat tersebut.

Penawaran dan permintaan tidak seimbang, kesesakan faktor utama lonjakan tambang e-hailing - Menteri
Selain itu beberapa syarikat e-hailing juga telah menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum COVID-19 melanda negara.

Cadangan denda Grab RM86.77 juta: MyCC mohon kebenaran rayu keputusan mahkamah
MyCC telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Grab dan dua anak syarikatnya memulakan semakan kehakiman.

Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir AS$40 bilion
Grab bakal disenarai di AS menerusi penggabungan, kini bernilai hampir $40 bilion

Syarikat e-hailing disaran tumpu pelanggan pusat hiburan, kekang isu pemandu mabuk
Usaha itu merupakan salah satu alternatif bagi mengekang berlakunya insiden pemandu mabuk.

'Sharing Economy' dan era 'The New Corns'
Antara faktor penyumbang kepada kelahiran syarikat-syarikat berstatus Unicorn adalah saiz pasaran, akses kepada modal dan aktiviti R&D.

Grab lancarkan projek perintis GrabBike di Lembah Kelang
Projek perintis GrabBike ini merupakan sebahagian daripada program Pembuktian Konsep untuk kerajaan, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

GrabFood perluas servis GrabExpress, GrabMart
Sebelum ini, perkhidmatan ini hanya terdapat di kawasan terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.