Syarikat internet gergasi dunia, Google mengumumkan tarikh untuk pelancaran perkhidmatan penghantaran dron mereka.
Dipanggil sebagai Projek Wing, inisiatif ini bertujuan untuk menghantar barangan kepada pengguna dengan menggunakan dron menjelang tahun 2017.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Projek Perkhidmatan Penghantaran Google, David Vos.
Menurut laporan BBC, peruncit dalam talian seperti Amazon, Alibaba dan lain-lain juga sedang membuat kajian terhadap perkhidmatan penghantaran dron ini.
“Matlamat kami adalah untuk mempunyai perniagaan komersial menjelang tahun 2017, "kata Vos dalam ucapannya di konvensyen kawalan trafik udara yang diadakan di Washington.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai jenis dron yang akan digunakan serta jenis pakej penghantaran tidak didedahkan lagi.
Butiran mengenai Projek Wing muncul pada tahun 2014. Pada mulanya ia dikemukakan oleh Google X, iaitu sebuah makmal eksperimen yang dikendalikan secara berasingan.
Tetapi, ia kini dipercayai berada di bawah kawalan syarikat induk Google, Alphabet.
Difahamkan, kerja awal juga telah dimulakan dengan menguji kepantasan serta keupayaan beberapa dron di Australia.
Laporan awal turut mencadangkan bahawa dron akan digunakan sebagai bantuan bencana untuk menghantar bekalan makanan serta perubatan.
Kohilah Sekaran
Tue Nov 03 2015
![Google lancar perkhidmatan penghantaran dron menjelang 2017 Google lancar perkhidmatan penghantaran dron menjelang 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81446539085_Google.jpg)
Syarikat induk baru Google, Alphabet merancang untuk memulakan perkhidmatan penghantaran barangan menerusi dron kepada pelanggan menjelang tahun 2017.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628590599_GOOGLE.jpg)
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
![Google buang pekerja di Singapura, 190 pekerja terjejas Google buang pekerja di Singapura, 190 pekerja terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675849707_GOOGLE.jpg)
Google buang pekerja di Singapura, 190 pekerja terjejas
Pemberhentian pekerja melibatkan individu daripada pelbagai jabatan termasuk jualan, Google Cloud, dan Google Pay antara lain.
![Syarikat induk Google umum peletakan jawatan pengerusinya Syarikat induk Google umum peletakan jawatan pengerusinya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513944370_EricSchmidt.jpg)
Syarikat induk Google umum peletakan jawatan pengerusinya
Menurut satu kenyataan, Schmidt bakal menjadi penasihat teknikal syarikat itu sambil terus berkhidmat dalam lembaga pengarahnya.
![Google uji aplikasi kongsi kereta, bakal saingi Uber Google uji aplikasi kongsi kereta, bakal saingi Uber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51472652383_Selfdriving.jpg)
Google uji aplikasi kongsi kereta, bakal saingi Uber
Alphabet, pemilik Google menggunakan aplikasi Waze untuk mempertemukan penumpang dengan pemandu yang berkongsi haluan sama.
![Google lancar perkhidmatan penghantaran dron menjelang 2017 Google lancar perkhidmatan penghantaran dron menjelang 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81446539085_Google.jpg)
Google lancar perkhidmatan penghantaran dron menjelang 2017
Dipanggil sebagai Projek Wing, inisiatif ini bertujuan untuk menghantar barangan kepada pengguna dengan menggunakan dron menjelang tahun 2017
![5 perkara anda perlu tahu tentang penstrukturan semula Google 5 perkara anda perlu tahu tentang penstrukturan semula Google](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51443873407_Google.jpg)
5 perkara anda perlu tahu tentang penstrukturan semula Google
Media antarabangsa melaporkan bahawa dengan penubuhan Alphabet, ia boleh fokus kepada pelbagai projek dan mengekalkan Google untuk fokus kepada internet.
![Google tubuhkan syarikat induk baharu, Alphabet Google tubuhkan syarikat induk baharu, Alphabet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71439254719_SUNDARPICHAI.jpg)
Google tubuhkan syarikat induk baharu, Alphabet
Google melalui pengasasnya Larry Page mengumumkan penubuhan syarikat baharu yang akan mengambil alih syarikat gergasi internet itu sepenuhnya, iaitu syarikat Alphabet.