GELOMBANG baharu, sekatan dan kemajuan vaksinasi yang lembap mampu merencatkan pemulihan ekonomi serta menjejaskan peminjam.
Pengarah Bersekutu Penarafan Perkhidmatan Kewangan Asia Selatan dan Asia Tenggara, Nancy Duan berkata agensi penarafan itu juga telah menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2021 Malaysia untuk berkembang pada 4.1 peratus, turun berbanding unjuran awal sebanyak 6.2 peratus semasa Mac 2021
"Sehubungan itu, kami telah menurunkan ramalan pertumbuhan pinjaman industri kami kepada 4.0 peratus untuk 2021 daripada 6.0 peratus.
"Walaupun kerajaan sedang berusaha mempercepatkan vaksinasi. Pembendungan COVID-19 yang berkesan mampu menyokong pemulihan ekonomi yang kukuh menjelang 2022 yang kami jangka ianya akan berkembang sebanyak 6.3 peratus," katanya dalam laporan Perbankan Global hari ini.
Kualiti aset bank amat bergantung secara kritikal terhadap situasi pekerjaan tempatan, memandangkan 58 peratus pinjaman dalam sistem itu terdedah kepada sektor isi rumah.
"Kami meramalkan secara keseluruhan, kadar pengangguran akan kekal stabil walaupun terdapat beberapa kelemahan daripada paras pra-pandemik sebanyak 3.0 kepada 3.5 peratus.
"Pada pandangan kami, kadar pengangguran boleh memuncak kepada 4.8 peratus pada 2021 sebelum menurun kepada 4.4 peratus menjelang 2022, berbanding 4.5 peratus yang direkodkan semasa 2020," katanya.
Bagi nisbah nilai pinjaman tidak berbayar (NPL) industri, ia mungkin akan menokok kepada 3.0 hingga 4.0 peratus daripada pinjaman kasar menjelang akhir 2022, berbanding 1.6 peratus yang dilaporkan pada akhir April 2021, manakala kos kredit akan kekal tinggi pada kumulatif 110 hingga 120 mata asas (bps) berbanding 2021 dan 2022 digabungkan, daripada 79 bps semasa 2020, kata Duan.
Beliau juga menjelaskan sekitar 15 peratus pinjaman bank-bank Malaysia terangkum di bawah pelbagai langkah bantuan yang disasarkan.
Walaupun kerajaan baru-baru ini mengumumkan moratorium kedua selama enam bulan untuk semua peminjam individu termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari Julai dan seterusnya, bagaimanapun, mungkin tidak ada lonjakan dalam kadar ambilan moratorium, memandangkan mereka bakal terbeban dengan faedah tambahan.
"Kes-kes asas kami menjangkakan kebanyakan kredit yang lemah sudah dilindungi oleh program bantuan bersasar yang berterusan. Sebagai perbandingan, kadar ambilan moratorium memuncak pada 75 hingga 80 peratus akaun pinjaman industri semasa moratorium enam bulan pertama pada 2020," katanya.
Duan dalam satu nota lain berkata penampan modal bank-bank Malaysia yang agak kukuh sebanyak 14.6 peratus nisbah ekuiti biasa Tier-1 dan pembayaran dividen yang masih berhemat adalah langkah pengimbangan yang penting dalam menyokong kedudukan serta penarafan kredit semasa.
Oleh itu, beliau melihat bahawa kadar vaksinasi adalah mitigasi risiko yang utama untuk mengurangkan kelemahan jangka pendek kepada sektor perbankan tempatan.
Varian COVID baharu yang agak agresif, kekal sebagai risiko ketara kepada pertumbuhan KDNK tahun depan.
"Pemulihan ekonomi yang berlarutan boleh diterjemahkan ke dalam tekanan pasaran pekerjaan yang meningkat dan lebih banyak kesan ke atas kualiti aset untuk bank-bank tempatan," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 22 2021
![Gelombang baharu COVID-19 jejas pemulihan sektor perbankan Gelombang baharu COVID-19 jejas pemulihan sektor perbankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604719745_KualaLumpur.jpg)
Varian COVID-19 baharu yang agak agresif, kekal sebagai risiko ketara kepada pertumbuhan KDNK tahun depan.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Gelombang baharu COVID-19 jejas pemulihan sektor perbankan Gelombang baharu COVID-19 jejas pemulihan sektor perbankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604719745_KualaLumpur.jpg)
Gelombang baharu COVID-19 jejas pemulihan sektor perbankan
KDNK bagi 2021 Malaysia diunjurkan berkembang pada 4.1 peratus, turun berbanding unjuran awal sebanyak 6.2 peratus semasa Mac 2021.
![Bank-bank Malaysia berkedudukan kukuh depani COVID-19 Bank-bank Malaysia berkedudukan kukuh depani COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41585891222_BankNegaraMalaysia.jpg)
Bank-bank Malaysia berkedudukan kukuh depani COVID-19
Bank-bank Malaysia kukuh pada 14 peratus manakala NPL kasar berada pada 1.5 peratus, terendah di rantau ini.