KUALA LUMPUR: Gamuda Land telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk memacu Pelan Bandar Pintar Gamuda dengan inovasi 5G.
Gamuda dan DNB dalam kenyataan bersama berkata kerjasama itu akan menyaksikan kedua-dua pihak komited untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti bagi memupuk kerjasama, pertukaran pengetahuan, meneroka potensi 5G dan pengembangan liputan perkhidmatan dan infrastruktur 5G di perbandaran Gamuda Land, iaitu Gamuda Cove @ Kuala Langat, Gamuda Gardens @ Sungai Buloh North dan twentyfive7 @ South of Kota Kemuning.
Kedua-dua pihak berkata MoU berkenaan menjadi platform kepada era inovasi, kerjasama dan kemajuan dalam pembangunan perbandaran, memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Ketua Pegawai Operasi Gamuda bagi operasi strategik Jess Teng berkata sebagai pemaju perbandaran, perancangan infrastruktur strategik adalah penting untuk memastikan kumpulan itu mengekalkan kesinambungan masa hadapan perbandarannya.
"Menyedari peranan penting teknologi 5G, perkongsian strategik kami dengan DNB menjadi pemangkin untuk merealisasikan visi bandar pintar kami. Kami bersama-sama bercita-cita untuk mencipta perbandaran yang saling berkait dan inovatif, memanfaatkan kuasa 5G untuk meningkatkan pengalaman hidup kepada penduduk," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi DNB Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata penerimagunaan 5G oleh orang ramai dan perusahaan di negara ini meraih momentum.
"Sehingga akhir Disember 2023, Malaysia telah mencatatkan 8.2 juta langganan perkhidmatan 5G, menyumbang kadar penerimagunaan sebanyak 24.7 peratus. Kami juga teruja menyajksikan perusahaan telah mula meneroka potensi peluang daripada 5G.
“5G sebenarnya kunci kepada masa depan bandar pintar dan perbandaran. Kami berharap dapat menyokong aspirasi perbandaran pintar Gamuda Land," katanya.
Gamuda Cove, yang digambarkan sebagai kawasan perlindungan alam sekitar dan bandar pintar, telah mencatat pencapaian penting dari segi kemampanan dengan pengiktirafan berlian di Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation.
Kerjasama dengan DNB menandakan langkah seterusnya dalam merealisasikan visi bandar pintar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Ahmad Zaki (dua, kanan) bersama Chu Wai Lune dan Jess Teng pada majlis menandatangani MoU antara Gamuda Land dan DNB di Kuala Lumpur, 6 Feb 2024. - Foto DagangNews
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.
Pelaksanaan LRT Pulau Pinang petanda baik bagi sektor pembinaan - Penyelidikan
Bank pelaburan itu mengekalkan saranan 'positif' bagi sektor pembinaan dengan projek itu dijangka memperkukuh kualiti pendapatan.
Gamuda dijangka raih kontrak RM8 hingga RM10 bilion bagi segmen pertama LRT Pulau Pinang
RHB Investment menganggarkan saiz kontrak segmen pertama Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang) yang bakal diraih Gamuda Bhd adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion.
Kumpulan Gamuda perkasakan inovasi serantau dengan Google Cloud AI
Ia memperkasakan pekerja Gamuda untuk jadi lebih efisien dan inovatif dalam menyampaikan projek kejuruteraan, pembinaan dan infrastruktur awam.
Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Gamuda meterai perjanjian JV bangunkan loji janakuasa hidroelektrik di Sabah
Ia bertujuan membangunkan Loji Janakuasa Hidroelektrik Upper Padas di Tenom, Sabah dengan anggaran kos projek berjumlah RM4 bilion.
Saham Gamuda naik susulan pengambilalihan di Vietnam
Harga saham-saham Gamuda Bhd meningkat pada sesi awal dagangan Jumaat, didorong oleh laporan media mengenai cadangan pengambilalihan tanah kediaman dan komersial oleh Gamuda Land Sdn Bhd di Vietnam.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
ALR capai persefahaman dengan Kesas, Sprint, Litrak berhubung tuntutan waranti - Gamuda
Gamuda berkata Kesas bersetuju menerima tuntutan ALR berkenaan fi tinjauan dan penggantian kenderaan berjumlah RM1.25 juta.
Gamuda sasar projek pembangunan pam hidro di Australia
Pelan RE Gamuda telah melebihi sempadan Malaysia yang menyaksikan Australia sebagai pasaran terpenting dan utama bagi kumpulan itu.