Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Turki telah membuka lembaran baharu kepada hubungan dua hala kedua-dua negara.
Najib berkata lawatan keduanya ke Turki itu, yang bertujuan meningkatkan lagi kerjasama erat kedua-dua negara, terutama menerusi FTA, dilihat telah berjaya meletakkan hubungan Malaysia dan Turki, yang terjalin sejak 50 tahun lepas, ke suatu lembaran baharu yang lebih memberi manafaat kepada kedua-dua negara.
"Menerusi FTA ini, potensi yang kita harapkan untuk melonjakkan peluang perdagangan, daripada tahap AS$1.5 bilion pada masa ini, mencecah kepada AS$5bilion dalam tempoh lima tahun, merupakan sasaran yang kita akan capai, kita terima dengan positif walaupun sasaran itu dikatakan sasaran besar dan bercita-cita tinggi, namun menerusi FTA, nilai dagangan diunjur meningkat antara 10 dan 15 peratus setahun.
"Melalui FTA ini, harapan itu semakin baik, dan Erdogan (Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan) telah nyatakan pada saya bahawa Jun ini beliau akan membawa FTA tersebut untuk disahkan oleh Dewan Parlimen (Turki),” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi dua harinya ke negara ini, pada Khamis.
Perdana Meteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas pulang ke Malaysia pada 11 malam tadi (Jumaat 4 pagi waktu Malaysia).
Pada Khamis, Malaysia dan Turki menandatangani FTA yang bakal menjadi pemangkin untuk meningkatkan perdagangan dua hala, kepada AS$5.0 bilion pada 2018.
Kerajaan Malaysia diwakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, manakala Turki diwakili oleh Menteri Ekonomi Nihat Zeybekci.
Ini merupakan FTA dua hala ketujuh Malaysia dengan negara asing selepas Jepun, Pakistan, New Zealand, Chile, India dan Australia.
Najib berkata satu Jawatankuasa Teknikal Ekonomi Bersama juga akan bermesuarat dalam tempoh terdekat untuk membincangkan isu berbangkit supaya peluang ekonomi menerusi FTA itu mampu mencapai tahap yang lebih tinggi lagi.
Perdana Menteri berharap ahli perniagaan Malaysia merebut peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka di Turki dengan memanfaatkan hubungan dua hala yang semain erat itu, selain meminta ahli perniagaan Turki turut sama meningkatkan pelaburan dan hubungan perdagangan mereka dengan Malaysia.
Pada sidang media itu, Perdana Menteri berkata Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) juga melabur sejumlah AS$1.4 bilion di Turki bagi mengendalikan 20 hospital menjelang tahun depan.
"Dari segi nilai pasaran ASS$1.4 bilion yang dilaburkan Khazanah pada masa ini, nilainya ialah AS$2 bilion. Ini satu pelaburan yang begitu signifikan.
Khazanah yakin bahawa pulangan pelaburan baharu ini merupakan satu pulangan yang memberangsangkan," kata Najib.
Najib berkata Khazanah melalui Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) telah meningkatkan nilai pegangan saham di Lapangan Terbang Istanbul kedua iaitu Lapangan Terbang Sabiha Gökçen (Istanbul) daripada 20 peratus kepada 60 peratus.
"Ini memberi peluang kepada MAHB untuk mengendalikan lapangan terbang berkenaan yang merupakan antara lapangan terbang terbesar di dunia, yang juga akan mengurus lima landasan yang akan dibina tidak lama lagi,” katanya.
Mengenai pendidikan, Najib berkata pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang akademik antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Hacettepe University serta UKM-Ankara University, dilihat mampu meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam bidang itu.
"Hasrat kerajaan Turki ialah supaya jumlah pelajar Malaysia, yang hanya 70 orang di negara itu, dapat ditingkatkan kepada bilangan yang lebih besar berikutan masalah (kemelut dalaman) yang berlaku di Mesir," katanya.
Bagi bidang pelancongan pula, Najib berkata Turki telah menyatakan persetujuan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan Turkish Airlines dari Istanbul ke Kuala Lumpur kepada enam kali seminggu.
"Pada prinsipnya, ada rancangan untuk melaksanakan kemasukan tanpa visa antara kedua-dua negara. Cadangan balas diterima, dan kita sedang teliti beberapa aspek untuk diselaraskan, selain hasrat Perdana Menteri Turki sendiri, supaya sebuah pusat kebudayaan Turki diwujudkan di Kuala Lumpur," kata Najib.
Bernama
Fri Apr 18 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan (kiri) memeriksa perbarisan kehormat semasa lawatannya ke negara itu. -Foto BERNAMA
Menangi baucar beli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024
Pengurus Besar Perkhidmatan Komersial untuk Lapangan Terbang Malaysia, Hani Ezra Hussin berkata, jika sebelum ini hadiahnya adalah kereta mewah, tahun ini lebih menarik kerana hadiah utama adalah baucar membeli-belah bernilai RM1 juta.
SST beri kesan fiskal lebih cepat - MOF
Lim Hui Ying berkata kerajaan masih belum berhasrat untuk melaksanakan semula GST dan ia akan dipertimbangkan apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian terutama mengambil kira aspek kesan inflasi daripada rasionalisasi subsidi.
Menangi baucar membeli-belah RM1 juta dalam kempen Licence To Win 2024
Jika sebelum ini hadiahnya adalah kereta mewah, tahun ini lebih menarik kerana hadiah utama adalah baucar membeli-belah bernilai RM1 juta.
Tun Mahathir dirawat di IJN kerana batuk
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.
[TERKINI] Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini
Makmal tersebut adalah program komprehensif yang bertujuan memberdayakan syarikat penerbitan berita bersaiz kecil dan sederhana di negara ini.
[TERKINI] Revolusi Media: Google lancar Makmal Pendapatan Pengiklanan
Makmal tersebut adalah program komprehensif yang bertujuan memberdayakan syarikat penerbitan berita bersaiz kecil dan sederhana di negara ini.
Jawatankuasa kaji bahan cemar baharu akan diwujudkan - Fadillah
Satu jawatankuasa akan diwujudkan bagi mengkaji secara menyeluruh mengenai bahan cemar baharu termasuk mikroplastik yang berisiko.
Perkasa industri bahan bukan makanan untuk produk halal
Pada masa sama Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi berkata, sehingga Julai 2024, jumlah syarikat mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah sebanyak 9,146 buah syarikat.
Tiktok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live'
Jelas Fahmi Fadzil, kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok didapati dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi yang memerlukan perubahan dalam mod pemantauan oleh penyedia platform media sosial berkaitan.
Hari bersejarah, PAC buat penerangan laporan dalam Dewan Rakyat
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini diberi ruang membuat penerangan di dalam Dewan Rakyat mengenai pengurusan dana latihan dan keberkesanan program latihan HRD Corp.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Zambry adakan mesyuarat dua hala dengan rakan NAM dari tujuh negara
Semasa pertemuan Zambry dengan rakan sejawatannya dari Iraq, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dua hala.
PM terima kunjungan sulung Menteri Luar Arab Saudi, bincang kerjasama dua hala
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan sulung Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada Rabu.
Muhyiddin yakin Ismail Sabri akan tingkatkan hubungan dua hala Malaysia dan Singapura
Isu hubungan dua hala Malaysia dan Singapura dibincangkan oleh Muhyiddin dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Khamis.
Hubungan Malaysia-China terus positif, erat - Muhyiddin
Kolaborasi kedua-dua negara dalam pembelian vaksin, keselamatan makanan serta rantaian bekalan yang terjamin juga akan diteruskan dalam usaha mengatasi pandemik tersebut.
Dagangan Malaysia-China dijangka cecah paras tertinggi tahun ini
Perdagangan dua hala Malaysia-China dijangka mencatat paras tertinggi tahun ini berdasarkan prestasi sembilan bulan pertama 2019 yang mencecah US$89.75 bilion (US$1=RM4.17) iaitu meningkat 11.3 peratu
Hubungan dua hala Malaysia-Indonesia lebih kukuh - Dr Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia akan dimartabatkan ke peringkat yang lebih kukuh.
Malaysia, Maldives komited untuk teruskan kerjasama dua hala
Malaysia dan Maldives komited untuk meneruskan kerjasama dua hala dalam bidang strategik untuk kedua-dua negara.
Hubungan baik Malaysia-Arab Saudi buka lebih banyak peluang kerjasama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kerjasama itu akan membawa banyak faedah untuk negara dan rakyat Malaysia dan Arab Saudi.
Presiden Chile berpuas hati hubungan Chile-Malaysia
Presiden Chile Michelle Bachelet menyuarakan puas hati beliau terhadap keakraban hubungan dua hala antara Chile dan Malaysia.
FTA Malaysia-Turki buka lembaran baharu hubungan kedua negara - Najib
Najib berkata lawatan keduanya ke Turki itu telah berjaya meletakkan hubungan Malaysia dan Turki ke suatu lembaran baharu.