Perdagangan dua hala Malaysia-China dijangka mencatat paras tertinggi tahun ini berdasarkan prestasi sembilan bulan pertama 2019 yang mencecah AS$89.75 bilion (AS$1=RM4.17) iaitu meningkat 11.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2018.
Duta Khas Malaysia ke China Tan Kok Wai berkata angka itu mencecah paras rekod sebanyak AS$108.6 bilion pada tahun lepas dan 683 kali lebih tinggi berbanding AS$159 juta pada 1974 - detik kedua-dua negara memulakan hubungan diplomatik secara rasmi.
"Jumlah dagangan Malaysia-China adalah sekitar satu perlima daripada jumlah dagangan antara China-Amerika Syarikat dan satu pertiga daripada angka membabitkan China-Jepun," katanya kepada kepada pemberita selepas majlis perasmian Ekspo Perdagangan Jajaran dan Jalan Shaanxi China-Malaysia kali kedua di sini, hari ini.
Selain itu, jumlah dagangan Malaysia-China turut meliputi satu perlima daripada angka dicatatkan oleh dagangan China-ASEAN.
Terdahulu dalam ucapannya, Tan berkata perhubungan antara Malaysia dan China sentiasa mengorak langkah ke hadapan dan di landasan tepat untuk menjadi lebih akrab, baik serta kukuh.
"Tahun depan merupakan Tahun Pelancongan Malaysia-China 2020. Rakyat Malaysia sering melancong ke China dan kita juga sentiasa mengalu-alukan kehadiran lebih ramai rakyat China melawat Malaysia," katanya.
Beliau berkata pada tahun lepas, sebanyak 2.94 juta warga China melancong ke Malaysia iaitu meningkat 29 peratus daripada 2.28 juta pada tahun sebelumnya.
"Bagi tahun ini, tiada masalah untuk melepasi angka sebanyak 3.0 juta pelancong China memandangkan sepanjang tempoh enam bulan pertama (2019), kita telah menerima kehadiran 1,558,782 pelancong China iaitu peningkatan 6.4 peratus berbanding 1,464,911 dalam tempoh sama tahun lepas," katanya.
Sementara itu, Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata nilai perdagangan dua hala Malaysia-China bagi tempoh Januari-Oktober 2019 telah melebihi AS$100 bilion.
Ketika berucap, beliau berkata China juga terbukti telah menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 10 tahun berturut-turut.
Ekspo Perdagangan Jajaran dan Jalan Shaanxi China-Malaysia itu dikendalikan bersama Ekspo Label Swasta (MaPLE 2019) yang bermula hari ini sehingga 27 November.
Sebanyak 320 pempamer dari Malaysia, China, kawasan wilayah Oceania, Thailand dan Africa menyertai acara MaPLE 2019, termasuk 73 pempamer dari wilayah Fujian China.
Ekspo perdagangan Jajaran dan Jalan itu pula disertai oleh 92 pempamer iaitu 75 mewakili wilayah Shaanxi manakala Malaysia diwakili oleh 17 pempamer.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019
Angka itu mencecah paras rekod sebanyak AS$108.6 bilion pada tahun lepas dan 683 kali lebih tinggi berbanding AS$159 juta pada 1974.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266, di Istana Negara hari ini.
'Dekriminalisasi' penggunaan dadah: KDN laksana libat urus intensif berkaitan pindaan akta
Saifuddin Nasution berkata kementerian telah mengendalikan 13 sesi libat urus pada tahun ini, 22 libat urus (2023), 11 libat urus (2022), tujuh libat urus (2021) dan empat sesi libat urus (2020).
Olimpik Paris: Perancis dikutuk gara-gara larang atlet wanita berhijab
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Perancis 'hipokrasi diskriminasi' kerana enggan membenarkan atletnya memakai hijab pada Sukan Olimpik Paris.
Pekerja kilang papan mengaku rogol, cabul budak 5 tahun
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Pempengaruh maut: Kerajaan teliti gubal undang-undang buli siber baharu- Fahmi
Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani insiden buli siber, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Lebih 1.3 juta murid akses DELIMa setakat 10 Julai lepas - KPM
Lebih 1.3 juta murid telah mengakses pelantar digital DELIMa bagi pembelajaran dalam talian secara aktif, setakat 10 Julai lepas.
Tentera AS tamatkan misi dermaga terapung untuk bantuan Gaza
Tentera Amerika Syarikat umum penamatan projek dermaga terapung yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
Anggota JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah tak periksa lori syarikat pengangkutan
Seorang anggota JPJ tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah RM42,100, antara 2016 hingga 2019.
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan DNA sepadan dengan Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zambry adakan mesyuarat dua hala dengan rakan NAM dari tujuh negara
Semasa pertemuan Zambry dengan rakan sejawatannya dari Iraq, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dua hala.
PM terima kunjungan sulung Menteri Luar Arab Saudi, bincang kerjasama dua hala
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan sulung Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada Rabu.
Muhyiddin yakin Ismail Sabri akan tingkatkan hubungan dua hala Malaysia dan Singapura
Isu hubungan dua hala Malaysia dan Singapura dibincangkan oleh Muhyiddin dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Khamis.
Hubungan Malaysia-China terus positif, erat - Muhyiddin
Kolaborasi kedua-dua negara dalam pembelian vaksin, keselamatan makanan serta rantaian bekalan yang terjamin juga akan diteruskan dalam usaha mengatasi pandemik tersebut.
Dagangan Malaysia-China dijangka cecah paras tertinggi tahun ini
Perdagangan dua hala Malaysia-China dijangka mencatat paras tertinggi tahun ini berdasarkan prestasi sembilan bulan pertama 2019 yang mencecah US$89.75 bilion (US$1=RM4.17) iaitu meningkat 11.3 peratu
Hubungan dua hala Malaysia-Indonesia lebih kukuh - Dr Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia akan dimartabatkan ke peringkat yang lebih kukuh.
Malaysia, Maldives komited untuk teruskan kerjasama dua hala
Malaysia dan Maldives komited untuk meneruskan kerjasama dua hala dalam bidang strategik untuk kedua-dua negara.
Hubungan baik Malaysia-Arab Saudi buka lebih banyak peluang kerjasama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kerjasama itu akan membawa banyak faedah untuk negara dan rakyat Malaysia dan Arab Saudi.
Presiden Chile berpuas hati hubungan Chile-Malaysia
Presiden Chile Michelle Bachelet menyuarakan puas hati beliau terhadap keakraban hubungan dua hala antara Chile dan Malaysia.
FTA Malaysia-Turki buka lembaran baharu hubungan kedua negara - Najib
Najib berkata lawatan keduanya ke Turki itu telah berjaya meletakkan hubungan Malaysia dan Turki ke suatu lembaran baharu.