KUALA LUMPUR: Keutamaan perlu diberikan kepada tindakan untuk mengukuhkan ekonomi dan memulihkan situasi perniagaan agar lebih memberangsangkan, berikutan persekitaran domestik dan luaran yang suram akibat COVID-19, kata Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM).
Presiden, Tan Sri Soh Thian Lai berkata hutang Malaysia dijangka terus meningkat sehingga mencecah 66 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir 2022, naik daripada 61 peratus pada 2021 dan 60.7 peratus pada 2020.
"Situasi ini membimbangkan kerana beban pembayaran hutang adalah ketara iaitu pada 17.2 peratus daripada jumlah unjuran hasil bagi tahun ini dengan tanpa aliran masuk yang stabil namun, aliran keluar perbelanjaan kerajaan adalah yang tinggi disebabkan peruntukan lebih besar bagi inisiatif rangsangan dan pemulihan Bajet 2022 untuk membantu negara pulih daripada kesan pandemik dan perintah kawalan pergerakan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata justeru, FMM mengalu-alukan pengumuman Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini mengenai kemungkinan pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan mengkaji kelemahan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada serta menambah baik sistem GST yang dilaksanakan pada 2015.
Soh berkata FMM telah menjadi penyokong kuat GST kerana sistem cukai itu adalah lebih telus dan berkesan berbanding SST, dengan lebih 160 negara melaksanakannya kerana ia merupakan struktur cukai yang adil.
"Lebih penting lagi, harga eksport Malaysia akan menjadi lebih kompetitif di peringkat global kerana tiada GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan eksport, manakala GST yang ditanggung ke atas input boleh diperoleh semula di sepanjang rantaian bekalan," katanya.
Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh FMM pada Mei 2020 mengenai pengenalan semula GST, 499 syarikat yang menjadi responden telah memberikan sokongan padu terhadap GST untuk menggantikan SST yang dikenakan pada masa ini, katanya.
Beliau berkata pengilang juga telah mencadangkan penambahbaikan kepada GST agar ia menjadi lebih mesra pengguna dan perniagaan seperti pengurangan kadar GST kepada 3.0 hingga 4.0 peratus untuk menambah baik keadaan perniagaan.
Ini akan membawa kepada pelaburan dan peluang pekerjaan yang lebih besar, serta pendapatan boleh guna yang lebih tinggi untuk rakyat, katanya.
Hasil dapatan tinjauan mencadangkan penambahbaikan seperti memastikan mekanisme yang betul disediakan untuk memantau kawalan harga dan antipencatutan dalam pasaran apabila sistem cukai itu diperkenalkan semula.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022
Soh berkata FMM telah menjadi penyokong kuat GST kerana sistem cukai itu adalah lebih telus dan berkesan berbanding SST, dengan lebih 160 negara melaksanakannya. - Gambar fail/BERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.
Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 - PM Anwar
Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.
PM Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.
Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan GST sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95.
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.
Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.
Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF
Kutipan hasil cukai berasaskan penggunaan telah berkurangan selepas SST dilaksanakan semula bagi menggantikan GST.
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.