Fitch Ratings menurunkan Penarafan Mungkir Penerbit Mata Wang Tempatan dan Asing Jangka Panjang (IDRs) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada "A-" daripada "A", dengan prospek stabil.
Ia juga mengesahkan IDR Mata Wang-Asing Jangka Pendek Petronas pada 'F1'.
Pada masa yang sama, Fitch juga menurunkan penarafan tidak bercagar senior mata wang asing Petronas dan penarafan hutang yang diterbitkan oleh Petronas Capital Ltd dan dijamin oleh Petronas kepada "A-" daripada "A", kata agensi penarafan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Petronas terus mengekalkan profil kredit kendiri yang kukuh, dinilai oleh Fitch pada "AA-", kata Fitch Ratings.
Ia berkata langkah penarafan itu adalah susulan penurunan IDR Mata Wang-Tempatan-Jangka Panjang (LTLC IDR) Malaysia kepada "A-" daripada "A", sejajar dengan garis panduan dikemas kini yang terkandung dalam kriteria penarafan kerajaan disemak semula Fitch yang bertarikh 18 Julai, 2016.
Fitch memutuskan profil kredit Malaysia tidak lagi menyokong takuk LTLC IDR di atas IDR Mata Wang-Asing Jangka Panjang.
Ini mencerminkan pandangan Fitch bahawa dua faktor utama itu yang disebut dalam kriteria yang menyokong takuk menaik LTLC IDR tidak lagi ada bagi Malaysia.
Kedua-dua faktor utama itu adalah asas kewangan awam kukuh berbanding dengan asas kewangan luaran dan layanan keutamaan kreditor mata wang tempatan sebelumnya berbanding kreditor mata wang asing.
Fitch berkata IDRs Petronas dikekang oleh IDRs Malaysia.
Sebab-sebab menyokong penurunan LTLC IDR Malaysia juga melemahkan kes bagi penafaran obligasi mata wang asing Petronas mengatasi penarafan mata wang asing berdaulat kerana Petronas 100 peratus milik Malaysia dan kerajaan boleh mempengaruhi dasar operasi dan kewangannya.
Antara lainnya, Fitch menjangka Petronas membayar dividen rendah sebanyak RM16 bilion pada 2016, turun daripada RM26 bilion pada 2015, dan RM29 bilion pada 2014.
"Dengan pengurangan dividen ini, Fitch menjangka Petronas menampung majoriti perbelanjaan modalnya daripada penjanaan tunai dalaman, walaupun penjanaan tunai operasi dijangka lemah berikutan harga komoditi rendah," kata agensi penarafan itu.
Bagaimanapun, Fitch berpandangan, Petronas akan terus memberi sumbangan besar kepada hasil kerajaan.
Mengenai perkembangan lain, agensi penarafan itu berkata ia menjangka program perbelanjaan modal Petronas kekal besar, termasuk perbelanjaan modal bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapis dan Petrokimia hiliran di Malaysia dan kemudahan pencecairan dan kemudahan berkaitan dengan usaha samanya di Kanada, projek Gas Asli Cecair Pacific NorthWest.
Andaian utama yang digunakan oleh Fitch ialah harga minyak berdasarkan harga Brent Fitch pada AS$33/setong pada 2016, AS$45 pada 2017 dan AS$55 pada 2018, pembayaran dividen RM16 bilion pada 2016 dan perbelanjaan modal berada pada purata RM50 bilion bagi 2016 hingga 2018.
Bernama
Wed Jul 27 2016
![Fitch turunkan penarafan Petronas kepada 'A-', prospek stabil Fitch turunkan penarafan Petronas kepada 'A-', prospek stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447231794_KLCCPETRONAS.jpg)
Petronas terus mengekalkan profil kredit kendiri yang kukuh, dinilai oleh Fitch pada "AA-". - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Jawatan dalam sektor ekonomi meningkat 1.5 peratus suku kedua 2024 Jawatan dalam sektor ekonomi meningkat 1.5 peratus suku kedua 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723106185_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Jawatan dalam sektor ekonomi meningkat 1.5 peratus suku kedua 2024
Statistik itu diterbitkan berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan ke atas perniagaan berdaftar dalam sektor swasta.
![Malaysia perlu terus peranan ‘neutral’ untuk jadi lokasi pelaburan utama - Tengku Zafrul Malaysia perlu terus peranan ‘neutral’ untuk jadi lokasi pelaburan utama - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723602001_TengkuZafrulAziz.jpg)
Malaysia perlu terus peranan ‘neutral’ untuk jadi lokasi pelaburan utama - Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia bersifat terbuka dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua negara, kata Tengku Zafrul.
![China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703472832_MalaysiaChina.jpg)
China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis
Tan berkata, China bakal memperkenalkan dasar agresif bagi memperkukuh ekonominya sejajar perkembangan terkini di negara itu.
![Tabung Haji komited jayakan inisiatif Ekonomi MADANI, perkasa saluran bantuan Tabung Haji komited jayakan inisiatif Ekonomi MADANI, perkasa saluran bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723160497_SyedHamadahSyedOt.jpg)
Tabung Haji komited jayakan inisiatif Ekonomi MADANI, perkasa saluran bantuan
Sejak penubuhannya, TH telah salurkan zakat berjumlah RM1.37 bilion kepada Majlis Agama Islam negeri untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
![ASEAN di trajektori positif muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 ASEAN di trajektori positif muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721918131_KemuncakASEAN.jpg)
ASEAN di trajektori positif muncul ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang melonjak 51 peratus kepada AS$3.8 trilion pada tahun lepas berbanding AS$2.5 trilion pada 2015.
![Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan
Pada 6 petang, ringgit mengukuh ke paras 4.4945/4995 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5675/5710 semalam.
![Putin mahu hubungan lebih rapat dengan Indonesia pada pertemuan dengan Prabowo Putin mahu hubungan lebih rapat dengan Indonesia pada pertemuan dengan Prabowo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722529443_TBPutin.jpg)
Putin mahu hubungan lebih rapat dengan Indonesia pada pertemuan dengan Prabowo
Perjanjian perdagangan bebas antara Indonesia dan Kesatuan Ekonomi Eurasia yang diketuai Rusia, memberi harapan untuk pertumbuhan selanjutnya.
![Ekonomi Asia Tenggara dijangka catat pertumbuhan menjanjikan dalam satu dekad Ekonomi Asia Tenggara dijangka catat pertumbuhan menjanjikan dalam satu dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722507146_TBIndonMasSing.jpg)
Ekonomi Asia Tenggara dijangka catat pertumbuhan menjanjikan dalam satu dekad
Enam ekonomi utama serantau itu akan mendapat manfaat daripada lebih 600 juta pengguna di pasaran Asia Tenggara.
![Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722243690_TBRAFIZI.jpg)
Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi
Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 sekiranya ekonomi negara tumbuh empat hingga lima peratus setiap tahun.
![Rusia, ASEAN ikrar perkukuh hubungan diplomatik, keselamatan dan ekonomi Rusia, ASEAN ikrar perkukuh hubungan diplomatik, keselamatan dan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722004147_TBRusiaAsean.jpg)
Rusia, ASEAN ikrar perkukuh hubungan diplomatik, keselamatan dan ekonomi
Sepanjang 30 tahun lepas, hubungan antara Rusia dan ASEAN telah berkembang menjadi perkongsian strategik yang saling menguntungkan.