KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Bhd mengekalkan pendiriannya bahawa prestasi perdagangan negara dijangka bertambah baik menjelang separuh kedua 2023 berikutan pemulihan yang diramalkan dalam ekonomi global.
Dalam nota penyelidikan pada Rabu, katanya pertumbuhan global dijangka meningkat menjelang separuh kedua 2023 dengan kedudukan kewangan yang stabil berikutan kebanyakan bank pusat utama global akan mencapai kemuncak objektif dasar kadar faedahnya, dan momentum inflasi mungkin terus reda.
"Eksport dijangka tidak merosot pada separuh pertama 2023. Walaupun terdapat penyusutan tahun ke tahun pada Mac, kami meramalkan kestabilan yang berterusan bagi momentum eksport dan import, menunjukkan paras terendah proses pertumbuhan eksport boleh berlaku seawal separuh kedua 2023," katanya.
Walaupun, permintaan luaran suram, RHB Investment berpandangan risiko terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia akan dapat dihadkan.
"Ekonomi domestik yang didorong oleh keadaan pasaran buruh yang teguh, projek infrastruktur berskala besar yang berterusan dan peningkatan aktiviti pelancongan, akan terus merangsang momentum ekonomi.
"Analisis terperinci kami menunjukkan ekonomi domestik menjadi lebih besar, dan pergantungan luaran khususnya pasaran buruh terhadap situasi ekonomi global, semakin merosot," katanya.
MIDF Research pula menjangkakan pertumbuhan eksport Malaysia akan menyederhana kepada 6.2 peratus tahun ini berbanding ramalan terdahulu iaitu 9.2 peratus.
Firma penyelidikan itu berpendapat, import akan meningkat kepada 6.4 peratus daripada ramalan 9.5 peratus sebelum ini.
Menurutnya semakan semula terhadap ramalan eksport mencerminkan andaian bahawa rangsangan yang dijangkakan daripada pembukaan semula ekonomi China adalah perlahan.
"Kami masih meramalkan pemulihan permintaan dari China akan memberi kesan positif kepada perdagangan Malaysia pada akhir tahun ini.
"Secara umumnya, kami mengekalkan pandangan optimis, namun berhati-hati bahawa perdagangan akan terus berkembang. Bagaimanapun, unjuran itu boleh dijejaskan oleh inflasi tinggi, peningkatan kos pinjaman dan faktor yang menjejaskan bekalan (seperti ketegangan geopolitik atau halangan perdagangan) yang akan menyebabkan permintaan global lebih lemah," katanya.
MIDF Research berkata pertumbuhan import yang positif menandakan pembelian barangan asing meningkat berikutan kenaikan perbelanjaan domestik dan aktiviti pelaburan.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini mengumumkan perdagangan Malaysia merosot sebanyak 1.6 peratus kepada RM232.72 bilion pada Mac 2023, manakala eksport berkurangan 1.4 peratus kepada RM129.71 bilion dan import turun 1.8 peratus kepada RM103.01 bilion tahun ke tahun.
Menurut MIDF Research, penyusutan itu lebih ketara berbanding konsensusnya dan pasaran memandangkan pihaknya meramalkan kesan asas yang tinggi dan sokongan meningkat yang terhad susulan pemulihan ekonomi China akan menyebabkan pertumbuhan tahun ke tahun yang lemah.
Katanya kemerosotan itu turut berpunca daripada eksport domestik yang lebih rendah (4.1 peratus tahun ke tahun), berbanding dengan pertumbuhan berterusan eksport semula (10.3 peratus tahun ke tahun).
"Kami jangka harga komoditi yang secara relatifnya lebih rendah mungkin akan mempengaruhi prestasi perdagangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang sebelum impaknya berkurangan pada separuh pertama 2023," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023
Walaupun permintaan luaran suram, RHB Investment berpandangan risiko terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia akan dapat dihadkan. - Gambar hiasan
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pertumbuhan KDNK negara dijangka melebihi 5% pada 2024 - Maybank IB
Walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan luaran tetapi permintaan dalam negeri yang kukuh akan mengimbangi risiko.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
Negara rakan BRICS: Sumbang pertumbuhan ekonomi, peningkatan eksport - Tengku Zafrul
Beliau berkata Malaysia akan memainkan peranan dalam mengukuhkan rantaian bekalan global terutama dalam sektor penting seperti semikonduktor serta sektor lain yang strategik.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Pelaburan domestik kukuh, sumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara - PM Anwar
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang oleh pelaburan domestik.
Tatakelola baik, dasar jelas pacu pertumbuhan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Dengan semangat melaksanakan perubahan dan ikhlas berkhidmat, Malaysia berpotensi menjadi antara negara hebat di dunia.
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan Malaysia ke 4.9 peratus
Faktor domestik dan luaran menyokong unjuran pertumbuhan yang dinaik taraf susulan ekonomi global menunjukkan prestasi yang lebih baik.
Kewangan Islam diharap jadi pemacu ekonomi lebih lestari - Gabenor BNM
Tegasnya, prinsip-prinsip seperti keadilan, keterangkuman, daya tahan dan kelestarian adalah amat penting dalam landskap ekonomi masa kini.
KNDK Malaysia diunjur berkembang lebih 5.0 peratus pada 2024 - Penganalisis
Hong Leong Investment Bank mengekalkan jangkaannya untuk pertumbuhan 5.0 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2024.
Malaysia miliki ciri yang amat baik untuk terus membangunkan ekonomi - Fadillah
Malaysia antara negara yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang amat baik dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global.