KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melalui Waqaf Felda memperkenalkan inisiatif Wakaf Tandan Sawit bagi membolehkan warga peneroka menyumbang kepada institusi wakaf ini dengan sasaran kutipan sebanyak RM19.2 juta setahun.
Felda dalam kenyatan hari ini memaklumkan sebelum ini sumbangan kepada Waqaf Felda dilakukan menerusi sumbangan tunai dan potongan pendapatan bulanan warga Felda.
"Wakaf Tandan Sawit itu merupakan cetusan idea warga peneroka itu sendiri dan telah bermula di Felda Kerteh 6, Terengganu dengan tandan sawit diwakafkan dan nilai jualannya disumbangkan ke Waqaf Felda.
"Peningkatan hasil ladang dengan purata produktiviti daripada 17.29 tan per hektar pada 2021 kepada 19.43 tan per hektar pada tahun lalu, telah mendorong peneroka meningkatkan amalan jariah melalui sumbangan sedekah serta wakaf," katanya.
Menurut kenyataan itu, peneroka yang berhasrat mewakafkan tandan sawit boleh membuat permohonan dengan Felda serta menyatakan bilangan tandan sawit segar sebelum dihantar ke kilang.
Bilangan tandan sawit yang masak seterusnya akan diasingkan, ditimbang dan jumlah nilai daripada tandan tersebut akan diwakafkan serta dipindahkan ke akaun Waqaf Felda bagi pihak peneroka.
Katanya, pelaksanaan Wakaf Tandan juga menyokong usaha kerajaan yang menyasarkan wakaf sebagai instrumen yang mampu menyumbang sehingga 20 peratus pengembangan sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030.
Felda turut yakin inisiatif berkenaan mendapat sokongan penuh warga peneroka dan membuktikan kesediaan mereka sebagai komuniti berdikari yang progresif, selain bersama-sama memperkasakan institusi wakaf dan menyokong agenda pembangunan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023

Peneroka yang berhasrat mewakafkan tandan sawit boleh membuat permohonan dengan Felda serta menyatakan bilangan tandan sawit segar sebelum dihantar ke kilang. - Gambar hiasan/BERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Felda perkenal inisiatif Waqaf Tandan Sawit, sasar kutipan RM19.2 juta setahun
Felda melalui Waqaf Felda memperkenalkan inisiatif Wakaf Tandan Sawit bagi membolehkan warga peneroka menyumbang kepada institusi wakaf ini.