KUALA LUMPUR:Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membeli 857,300 saham lagi dalam FGV Holdings Bhd bernilai RM1.11 juta daripada pasaran terbuka dengan harga RM1.30 sesaham.
"Felda membeli saham-saham FGV itu pada hari Khamis, 11 Februari," kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dalam satu kenyataan bagi pihak Felda hari ini.
Langkah itu adalah di bawah tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat oleh Felda menerusi Maybank IB, untuk memiliki kesemua baki saham dalam FGV (tidak termasuk saham perbendaharaan) yang belum dimiliki oleh Felda dan pihak yang berkepentingan sama (PAC), termasuk semua saham FGV di bawah pelan insentif jangka panjang FGV, katanya.
Pada 11 Feb, Maybank IB berkata tarikh tutup penerimaan tawaran pengambilalihan oleh Felda untuk memperoleh baki saham dalam FGV telah dilanjutkan daripada 16 Feb kepada 2 Mac.
Setakat 10 Feb, jumlah saham yang dipegang oleh Felda dan PAC dalam FGV berjumlah 2.62 bilion saham, bersamaan dengan 71.95 peratus kepentingan dalam syarikat itu.
Menurut Maybank IB, FGV tidak memenuhi syarat minimum pegangan saham awam iaitu 25 peratus kerana ia hanya menyumbang 23.93 peratus setakat 4 Feb.
Ia juga menambah Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021
![Felda beli 857,300 saham FGV daripada pasaran terbuka Felda beli 857,300 saham FGV daripada pasaran terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613376906_FELDA.jpg)
Felda membeli saham-saham FGV itu pada hari Khamis, 11 Februari 2021. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![FELDA sasar jadi syarikat Fortune 500 menjelang 2040 FELDA sasar jadi syarikat Fortune 500 menjelang 2040](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625555414_MenaraFelda.jpg)
FELDA sasar jadi syarikat Fortune 500 menjelang 2040
Ia memfokuskan kepada tiga hala tuju pada Hari Peneroka FELDA dengan tema 'Anjakan Minda Peneroka' tahun ini.
![Felda beli 857,300 saham FGV daripada pasaran terbuka Felda beli 857,300 saham FGV daripada pasaran terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613376906_FELDA.jpg)
Felda beli 857,300 saham FGV daripada pasaran terbuka
Felda membeli saham-saham FGV itu pada hari Khamis, 11 Februari 2021.
![FELDA tidak berhasrat kekalkan status penyenaraian FGV FELDA tidak berhasrat kekalkan status penyenaraian FGV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603177629_fgvfelda.jpg)
FELDA tidak berhasrat kekalkan status penyenaraian FGV
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV Holdings Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia di atas tawaran pengambilalihan mandatori.
![Generasi kedua Felda Gunung Besout harap isu perumahan diselesaikan Generasi kedua Felda Gunung Besout harap isu perumahan diselesaikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71597750440_feldagunungbesout.jpg)
Generasi kedua Felda Gunung Besout harap isu perumahan diselesaikan
Penduduk tempatan mengharapkan projek perumahan di kawasan itu diperbanyakkan, dan urusannya dipermudahkan.
![Isu Eagle High-Felda telah dibawa ke prosiding timbang tara di Singapura Isu Eagle High-Felda telah dibawa ke prosiding timbang tara di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595209824_DatukSeriMustapa.jpg)
Isu Eagle High-Felda telah dibawa ke prosiding timbang tara di Singapura
Isu berkaitan PT Eagle High Plantations TPK (Eagle High) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah dibawa ke Prosiding Timbang Tara di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura.
![Felda dapat peruntukan RM286 juta bagi 463 projek infrastruktur Felda dapat peruntukan RM286 juta bagi 463 projek infrastruktur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81514025296_Felda.jpg)
Felda dapat peruntukan RM286 juta bagi 463 projek infrastruktur
Felda menerima peruntukan sebanyak RM286 juta daripada kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2020 bagi 463 projek.
![Kerugian FGV punca resolusi bayaran yuran pengarah ditolak Kerugian FGV punca resolusi bayaran yuran pengarah ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61564388878_FELDA.jpg)
Kerugian FGV punca resolusi bayaran yuran pengarah ditolak
Keputusan menolak tiga resolusi berhubung pembayaran yuran serta manfaat pengarah FGV Holdings Bhd (FGV) dibuat berikutan prestasi syarikat itu yang mengalami kerugian RM1.08 juta pada tahun lepas.
![Langgar embargo: Najib berdepan tindakan digantung sebagai Ahli Parlimen Langgar embargo: Najib berdepan tindakan digantung sebagai Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61554828904_PerdanaMenteriNajib.jpg)
Langgar embargo: Najib berdepan tindakan digantung sebagai Ahli Parlimen
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Najib itu tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan Ahli Parlimen terutama sebagai bekas perdana menteri.
![Kerajaan sasar Felda pulih dalam 5 tahun - Azmin Kerajaan sasar Felda pulih dalam 5 tahun - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61554875353_DatukSeriAzminAli.jpg)
Kerajaan sasar Felda pulih dalam 5 tahun - Azmin
Kerajaan mensasarkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan pulih daripada masalah yang dihadapi kini terutama melibatkan aliran dalam tempoh lima tahun.
![Tiada rancangan untuk gabung Felda, Felcra - Azmin Tiada rancangan untuk gabung Felda, Felcra - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41542642788_FeldaFelcra.jpg)
Tiada rancangan untuk gabung Felda, Felcra - Azmin
Usaha untuk memulihkan Felda khususnya dalam pengurusan kewangan dan perladangan bakal dibuat berdasarkan laporan Kertas Putih yang akan dibentangkan di Parlimen.