Semua agensi kerajaan Persekutuan khususnya yang terlibat dengan pembangunan tanah-tanah negeri, wajar mencontohi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dalam menyumbang semula dan melunaskan tanggungjawab kepada pihak berkuasa negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau tidak mahu membuat perbandingan namun FELCRA menjadi suri teladan dengan sentiasa bersama-sama kerajaan negeri dalam perbincangan dan kerjasama berkaitan pembangunan tanah.
Selain itu, katanya, FELCRA juga pada setiap tahun, membantu kerajaan negeri dengan memberi sumbangan-sumbangan dana lebihan hasil pembangunan tanah-tanah, untuk dikembalikan dalam bentuk manfaat kepada negeri dan rakyat Perak.
“Saya tidak mahu membuat perbandingan tetapi saya mahu menasihatkan pihak lain agar dapat mencontohi FELCRA,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan cek lebihan pendapatan 2017 daripada FELCRA Berhad kepada Kerajaan Negeri Perak.
Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Datuk Zulkarnain Md Eusope.
Zambry berkata, pada tahun ini, agensi Kerajaan Persekutuan itu menyerahkan sebanyak RM4.84 juta kepada kerajaan negeri termasuk baki bayaran sebanyak RM1.48 juta yang diterima pada hari ini.
Beliau berkata, semua sumbangan itu akan dipulangkan kepada rakyat melalui program-program pembangunan dan pembelaan rakyat seperti program pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Dec 13 2017
ZAMBRY: Pada tahun ini, agensi Kerajaan Persekutuan itu menyerahkan sebanyak RM4.84 juta kepada kerajaan negeri termasuk baki bayaran sebanyak RM1.48 juta yang diterima pada hari ini. - Gambar fail
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.
Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.
Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar
Anwar gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
Sweden sambung salur dana kepada UNRWA
PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Dokumen Israel punca beberapa negara henti dana kepada UNRWA
Dokumen Israel itu menuduh beberapa kakitangan UNRWA mengambil bahagian dalam penculikan dan pembunuhan semasa serangan Hamas.