Perancangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memasang Infrastruktur Permeteran Canggih (AMI) atau meter pintar bagi 8.5 juta pelanggan di negara ini berjalan lancar dengan fasa pertama akan dijalankan bagi pelanggan di Melaka tahun depan.
Kira-kira 300,000 kediaman di negeri itu akan menggantikan meter lama masing-masing kepada meter pintar, sebuah peranti elektronik yang merekodkan penggunaan tenaga elektrik dalam jarak masa sejam atau kurang.
Peranti tersebut juga akan menyalurkan maklumat berkenaan sekurang-kurangnya setiap hari kepada syarikat itu bagi tujuan pemantauan dan bil.
Ketika bercakap kepada pemberita semasa kunjungan suai kenal media TNB di Melaka baru-baru ini, Pengurus Kanan bagi Projek Bil Pintar TNB, Siti Laila Sri Asih S Garieb berkata, melalui pelan meter pintar berkenaan, pelanggan boleh mengakses maklumat mengikut masa sebenar berhubung penggunaan tenaga tidak lama lagi serta memantau corak dan gangguan.
"Peranti ini membolehkan kita memantau penggunaan pelanggan, membantu pelanggan menjimatkan bil elektrik dan mendidik mereka mengenai kesan karbon, jadi ia adalah situasi sama menang," katanya, dengan menambah meter pintar juga membolehkan hubungan dua hala antara meter dan sistem pusat.
Menurut Siti Laila, penyedia tenaga itu berjaya melaksanakan projek pilot tahun lepas dengan melibatkan 1,000 kediaman (800 di Melaka dan 200 di Putrajaya) menggunakan dana RM9 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan, bagi memahami cabaran teknologi, kawal selia dan pelanggan.
"Ramai yang mungkin menganggap pengguna mewah yang tinggal di banglo atau rumah berkembar sahaja yang berminat dengan teknologi ini, namun kajian kami mendapati mereka yang mendiami rumah teres dan kos rendah turut berminat memiliki alat ini, terutama tuan rumah yang menyewakan kediaman mereka," katanya.
Beliau berkata dana RM9 juta itu termasuklah infrastruktur, sistem pelaksanaan, sambungan dan penghala komunikasi.
"Selepas Melaka, meter digital kediaman di negeri-negeri lain juga akan ditukar kepada meter pintar tanpa bayaran dikenakan, kami berharap pelaksanaannya di negara ini dapat diselesaikan pada 2021," katanya tanpa memberitahu jumlah peruntukan yang terlibat.
Teknologi meter pintar berkenaan diimport dari Perancis dan Amerika Syarikat (AS).
Menurut ABI Research, yang merupakan peneraju dalam perisikan pasaran inovasi teknologi transformasi yang berpangkalan di AS, terdapat 790 juta meter pintar yang akan dipasang di seluruh dunia pada 2020.
Negara yang telah melaksanakan penggunaan meter pintar ini termasuk Itali dengan pemasangan 30 juta, Jepun (12 juta), Arab Saudi (12 juta) dan Sweden (5.2 juta).
Bernama
Mon Mar 28 2016

Kira-kira 300,000 kediaman di Melaka akan menggantikan meter lama masing-masing kepada meter pintar. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Kerja naik taraf Jalan Tun Hamzah libatkan kos RM300 juta - Exco
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Tun Hamzah daripada dua lorong kepada empat lorong yang melibatkan laluan sepanjang 4.5 kilometer dijangka bermula pada November ini melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.