KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus mempertingkat aspek keselamatan landasannya menerusi pelaksanaan fasa kedua ujian lapangan operasi sistem pengesanan serpihan objek asing (FODDS) berkualiti tinggi.
Dalam kenyataan pada Rabu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, fasa pertama projek itu telah dilancarkan pada 2019 melibatkan pemasangan dua menara dengan radar FODDS serba canggih.
Usaha pemasangan sistem tersebut adalah hasil kerjasama tiga pihak iaitu MAHB, Hitachi Kokusai Electric Co Ltd (HiKE), Jepun dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, fasa kedua itu melibatkan pemasangan penuh baki sembilan menara dengan radar berketepatan tinggi sama yang dijangka siap menjelang akhir November ini dan dijadual beroperasi sepenuhnya menjelang suku kedua 2022.
Menurutnya, radar tersebut mampu mengesan sebarang Serpihan Objek Asing (FOD) pada jarak 500 meter dalam masa 10 saat dengan menggunakan teknologi radio terkini berbanding teknologi gentian.
"Teknologi baharu itu meningkatkan aspek ketepatan dan keberkesanan pemantauan keselamatan landasan dengan mengesan bahan FOD paling kecil seperti butiran beras, batu selain hidupan liar bagi mengelak kejadian tidak diingini termasuk membabitkan pesawat," katanya.
Mohd Shukrie berkata KLIA juga sentiasa mengikuti rapat perkembangan teknologi serta amalan terbaharu lapangan terbang global dalam usaha memperkukuh operasi keselamatannya.
"Kami berbangga menjadi lapangan terbang pertama di dunia yang dilengkapi teknologi FODDS terbaharu dengan fungsi sepenuhnya selepas prototaip di Narita, Jepun. Ini adalah contoh penerimagunaan teknologi selain bukti keupayaan lapangan terbang kami yang lebih bersedia mengendalikan permintaan masa depan apabila perjalanan udara kembali pulih.
"MAHB juga komited untuk memastikan tahap keselamatan tinggi untuk rakan syarikat penerbangan serta para penumpang. Syarikat penerbangan misalnya mendapat jaminan dari segi kelancaran operasi manakala penumpang berupaya menikmati pengalaman pesawat mendarat dan berlepas yang lancar," katanya.
Beliau berkata, ciri lain FODDS itu adalah penggunaan kamera resolusi tinggi bagi merakam imej FOD yang jelas dan berkualiti selain membolehkan pengumpulan data masa nyata, sekali gus mempercepat operasi pengesanan dan pembersihan objek terbabit.
Menurutnya, FOD itu terdapat dalam bentuk organik seperti hidupan liar, serpihan termasuk bahagian pesawat atau logam di kawasan sekitar lapangan terbang yang berpotensi membahayakan kemudahan itu, kakitangan atau menyebabkan kerosakan pada pesawat.
"Peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menetapkan bahawa pemeriksaan landasan perlu dilakukan empat kali sehari. (Namun) menerusi sistem FODDS ini, kami dapat melakukan pengesanan serta pengumpulan data dalam masa nyata dan sepanjang masa.
"Ini dapat mempermudah usaha pembersihan FOD oleh pasukan terbabit dalam masa lebih singkat. Kami juga dapat memastikan tahap perkhidmatan yang tinggi selain membolehkan kos operasi kekal rendah.
"Pada masa sama, sistem ini juga mesra alam kerana menggunakan gelombang radio yang rendah," katanya.
Malah, Mohd Shukrie berkata, apa lebih penting lagi adalah komuniti lapangan terbang akan lebih yakin terhadap keselamatan mereka berikutan skala tinggi sistem FODDS yang berupaya memenuhi keperluan lapangan terbang apabila aktiviti perjalanan udara pulih semula.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 14 2021

ICAO menetapkan, pemeriksaan landasan perlu dilakukan empat kali sehari, namun menerusi sistem FODDS, KLIA dapat melakukan pengesanan serta pengumpulan data dalam masa nyata dan sepanjang masa. - Gambar fail BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kes buat kecoh di KLIA Terminal 2: Pasangan warga China didenda RM5,000 seorang
Satu pasangan warga China dijatuhi hukuman denda masing-masing RM5,000 setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Pasangan warga China didakwa berhubung kekecohan di KLIA Terminal 2
Pasangan warga China didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kejadian kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 9 Feb lepas.

Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat

Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.

Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.

Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal
Enam pegawai JKDM yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.