Felda dalam kenyataan semalam memaklumkan kerugian itu juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023 sebanyak RM25 juta berbanding RM38 juta pada tahun sebelumnya.
"Dalam laporan yang sama, sembilan lagi syarikat subsidiari Felda merekodkan keuntungan.
"Felda komited untuk terus pastikan kedudukan kewangan yang kukuh dan mampan dengan mengambil langkah strategik bagi meningkatkan kecekapan pengurusan serta mengurangkan risiko kewangan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Felda akan terus mengukuhkan kawalan kewangan dan memperbaiki prestasi anak-anak syarikat bagi memastikan kestabilan, berdaya tahan dan berada di landasan yang betul.
-- BERNAMA
