FRANKFURT: Euro mengekalkan peranan sebagai mata wang kedua paling penting di dunia selepas dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tahun yang mencatatkan inflasi yang tinggi dan pencerobohan berterusan Rusia ke atas Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pada 2022, bahagian euro yang dipegang dalam rizab pertukaran asing rasmi di seluruh dunia diselaraskan dalam kadar pertukaran, meningkat 0.5 mata peratus kepada 20.5 peratus, menurut Bank Pusat Eropah (ECB) pada Rabu.
Setakat ini dolar AS merupakan mata wang rizab yang paling banyak digunakan, pada kadar sekitar 59 peratus. Mata wang rizab ialah mata wang yang kerap digunakan dalam perdagangan dunia dan sering dipegang oleh bank pusat lain.
"Walaupun berlaku kejutan baharu berturut-turut, peranan antarabangsa euro kekal berdaya tahan pada 2022 dan perlu diberi perhatian," kata presiden ECB Christine Lagarde yang menambah bahawa landskap baharu ini meningkatkan tanggungjawab penggubal dasar Eropah untuk mewujudkan syarat bagi euro untuk berkembang maju.
Badan pemantau Euro telah lama mendesak kemajuan dalam penyatuan pasaran kewangan dan modal dalam zon euro, termasuk pembangunan Kesatuan Pasaran Modal selanjutnya yang bertujuan untuk menangani halangan birokrasi dan kawal selia antara negara bagi membolehkan syarikat mengumpul wang dengan lebih mudah.
Suruhanjaya Eropah telah menimbang rancangan projek itu sejak 2015.
"Penyatuan ekonomi dan kewangan Eropah selanjutnya penting dalam meningkatkan daya tahan peranan antarabangsa euro dalam ekonomi dunia yang berpotensi berpecah-belah," kata ahli lembaga eksekutif ECB Fabio Panetta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Euro mengekalkan peranan sebagai mata wang kedua paling penting di dunia selepas dolar Amerika Syarikat (AS). - Foto Unsplash/Ibrahim Boran
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Euro kekal mata wang rizab kedua penting di dunia - Laporan
Euro mengekalkan peranan sebagai mata wang kedua paling penting di dunia selepas dolar Amerika Syarikat (AS).
RM60 juta dijumpai di kedai cetak
Hasil serbuan juga mendapati sindiket terbabit memiliki mesin pencetak berkualiti tinggi.
Liga Negara-Negara Eropah UEFA: Baik atau buruk?
Kejohanan baharu UEFA itu diperkenal bagi memaknakan pertemuan pasukan antarabangsa. Apa mungkin impaknya kepada pemain serta kualiti bola sepak secara amnya?
Kiswah baharu dipamer 20 Ogos ini
Kelambu Kaabah, yang dikenali sebagai Kiswah, akan dipasang dan dipamerkan pada 20 Ogos.
Ia bukanlah perpisahan yang saya impikan - Iniesta
Andres Iniesta sahkan persaraannya dari khidmat bersama skuad kebangsaan Sepanyol di pentas antarabangsa.
Dapatkan rumah impian di kepulauan Mediterranean dengan hanya RM5!
Datuk Bandar Barbagia, Efisio Arbau menawarkan kepada mana-mana pembeli untuk memiliki salah satu rumah batu yang terdapat di Pulau Sardinia pada harga 1 Euro.
Kanak-kanak jumpa wang kertas 100,000 euro terapung di Sungai Danube
Seorang kanak-kanak lelaki menemukan wang kertas berjumlah 100,000 euro terapung di Sungai Danube.
Greece perlu penyusunan semula hutang untuk keluar dari krisis -Alexis Tsipras
Perdana Menteri Greece meluahkan rasa ragu mengenai langkah-langkah penjimatan yang dikenakan oleh pemberi pinjaman.
Ringgit jatuh ke paras terendah sejak ia tidak lagi ditambat
Kejatuhan didorong risiko Greece disingkir dari Zon Euro dan laporan siasatan ke atas dakwaan penyelewengan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Greece lakukan kawalan modal, hanya boleh keluarkan 60 Euro sehari
Greece akhirnya terpaksa melakukan kawalan modal selepas rundingan hutang menemui jalan buntu bersama pemberi pinjaman antarabangsa.