Emirates membuka pintunya kepada juruterbang Malaysia Airlines Bhd yang berminat menyertai syarikat penerbangan yang berpusat di Dubai itu.
Naib Presiden Kanan Bahagian Emirates Adnan Kazim berkata rancangan Emirates mengambil juruterbang dari syarikat penerbangan lain sudah pun berjalan.
"Memang ada rancangan untuk mengambil juruterbang baharu, termasuk dari Malaysia Airlines, namun belum ada maklumat mengenai bilangan juruterbang Malaysia Airlines atau bila pengambilan akan dibuat," katanya pada taklimat media di sini hari ini.
Pada Disember lepas, Malaysia Airlines dan Emirates menandatangani perjanjian perkongsian kod, yang merupakan sebahagian daripada program rasionalisasi laluan syarikat penerbangan Malaysia.
Program rasionalisasi itu menyaksikan Malaysia Airlines menamatkan beberapa laluan termasuk ke Frankfurt, Istanbul dan Brisbane. Destinasi terbaharu penamatan perkhidmatan harian ialah ke Paris dan Amsterdam, yang dijadualkan berakhir pada 1 Feb.
Malaysia Airlines akan menggantung laluan Kuala Lumpur-Dubai pada 15 Feb dan mengatur semula penumpang menggunakan perkongsian kod penerbangan dengan Emirates.
Malaysia Airlines sebelum ini melaporkan bahawa proses rasionalisasi rangkaiannya akan memberi impak kepada juruterbang, namun mereka sudah diberikan pilihan yang tidak termasuk pemberhentian kerja.
Juruterbang ini dilaporkan akan mempunyai pilihan kerjaya, termasuk dipinjamkan kepada sayrikat penerbangan lain di Asia atau Timur Tengah, cuti panjang tanpa gaji secara sukarela untuk meneruskan kerjaya lain atau kekal dalam Malaysia Airlines dan menunggu kekosongan jangka panjang dengan syarikat penerbangan lain.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Emirates Thierry Antinori berkata syarikat penerbangan itu akan menjalin usaha sama dengan Tourism Malaysia untuk membawa pelancong dalam rangkaian globalnya, terutama Eropah, Afrika dan Timur Tengah, ke Malaysia menerusi hab Dubai.
Beliau berkata sasaran Emirates termasuk pelancong perniagaan dan santai dari tiga rantau berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada 150 destinatinya merentas 80 negara.
"Asia Tenggara terutama Malaysia berpotensi besar bagi Emirates, dan syarikat penerbangan kami mempunyai rancangan hebat di Malaysia meskipun wujud isu minyak dan gas dunia.
"Lokasi geografi Malaysia antara Singapura dan Bangkok merupakan pasaran yang sangat strategik untuk diteroka oleh Emirates," kata Antinori.
Beliau berkata Emirates meraikan operasi 20 tahunnya di Malaysia tahun ini, dan setakat ini, 730 daripada 56,000 pekerjanya terdiri daripada rakyat Malaysia, yang kebanyakannya berkhidmat sebagai krew kabin.
Bernama
Tue Jan 26 2016
Pada Disember lepas, Malaysia Airlines dan Emirates menandatangani perjanjian perkongsian kod, yang merupakan sebahagian daripada program rasionalisasi laluan syarikat penerbangan Malaysia. - Gambar Fail
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Emirates rancang ambil juruterbang Malaysia Airlines
Emirates membuka pintunya kepada juruterbang Malaysia Airlines Bhd yang berminat menyertai syarikat penerbangan yang berpusat di Dubai itu.