Eksport alat ganti kereta menjadi antara kategori utama untuk pengeksport runcit Malaysia di eBay dengan Amerika Syarikat (AS) sebagai pasaran destinasi Nombor Satu.
Menurut kajian yang dijalankan oleh eBay, platform membeli-belah dalam talian, 47 peratus daripada pemilik kenderaan AS membeli alat ganti dan aksesori kereta dalam talian manakala 23 peratus dijangka berbuat demikian pada masa akan datang.
"Ini memberi peluang yang besar kepada vendor alat ganti dan aksesori kereta Malaysia untuk mewujudkan operasi mereka dalam talian dan menumpukan kepada perdagangan merentasi sempadan," menurut ebay dalam kenyataan hari ini.
Kajian turut mendedahkan 67 peratus daripada pelanggan melakukan penyelidikan mengenai kenderaan melalui peranti mudah alih mereka, dengan satu daripada lima menyatakan mereka 'sentiasa' atau 'amat kerap' berbuat demikian.
"Ini merupakan peluang kepada vendor dan usahawan runcit kereta Malaysia untuk menggunakan eBay sebagai platform untuk perniagaan mereka.
"Eksport alat ganti kereta menjadi kategori yang berkembang pesat di eBay," katanya.
Ketua Negara CBT Malaysia eBay, Wong Mei Inn, berkata masanya telah tiba untuk penjual alat ganti kereta tempatan menceburi bidang eksport untuk memacu lebih banyak perolehan.
"Ia memberi peluang kepada peruncit alat ganti kereta, daripada usahawan kepada pengeluar, untuk menembusi pasaran global," kata Wong.
Wong berkata eBay komited untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana dalam perniagaan eksport melalui e-dagang.
eBay berkata Jdm-motorparts merupakan contoh syarikat Malaysia memanfaatkan platform perniagaannya untuk berkembang di peringkat global.
"Daripada premis perniagaan di Selangor, syarikat itu menjual alat ganti kereta baharu dan terpakai ke negara-negara seperti United Kingdom, AS dan Australia," katanya.
Bernama
Wed Dec 16 2015

eBay: 47 peratus daripada pemilik kenderaan AS membeli alat ganti dan aksesori kereta dalam talian manakala 23 peratus dijangka berbuat demikian pada masa akan datang. - Gambar AFP
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Sindiket curi, jual alat ganti Proton Wira tumpas
Sindiket yang aktif sejak Disember lalu itu menggunakan kunci Allen khas untuk membuka pintu dan suis kenderaan terbabit.

Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.

Eksport alat ganti kereta antara kategori utama di eBay
Eksport alat ganti kereta menjadi antara kategori utama untuk pengeksport runcit Malaysia di eBay dengan Amerika Syarikat (AS) sebagai pasaran destinasi Nombor Satu.