KUALA LUMPUR: Seramai lapan lelaki dan seorang wanita ditahan di sekitar Lembah Klang pada Selasa dalam Ops Lejang Wira kerana disyaki terbabit dengan sindiket curi kenderaan yang menyasarkan kereta jenis Proton Wira.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sindiket yang aktif sejak Disember lalu itu menggunakan kunci Allen khas untuk membuka pintu dan suis kenderaan terbabit.
Menurutnya, sindiket menyasarkan kenderaan jenis Proton Wira berikutan permintaan tinggi di pasaran untuk alat ganti kereta tersebut.
"Suspek bertindak mencuri kenderaan dan meleraikan komponen untuk dijual kepada individu yang berminat dan pemilik kedai alat ganti kenderaan yang dikenali di sekitar kawasan Gombak, Selangor.
"Manakala komponen seperti bateri kenderaan dijual di kedai barangan lusuh.
"Ada komponen itu akan dijual kepada kawan yang memiliki sebuah bengkel. Pemilik bengkel yang berusia 38 tahun itu dia akan jual barang curi ini di media sosial," katanya kepada media selepas program lawatan mesra Ketua Polis Daerah Sentul di Pasar Pagi, Taman Kok Doh, Segambut, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 24 hingga 38 tahun mempunyai rekod lampau manakala dalang sindiket yang berusia 33 tahun merupakan bekas tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang baharu dibebaskan pada 2019.
"Hasil siasatan mendapati sindiket ini didalangi oleh lelaki warga tempatan yang menyasarkan kenderaan jenis Proton Wira dan 'mastermind' ini sudah aktif sejak tahun 2007 sudah biasa keluar masuk penjara,"katanya.
Eng Lai berkata, pihak polis berjaya merampas empat buah Proton Wira yang dilaporkan hilang dianggarkan bernilai RM24,000 serta turut merampas sembilan buah telefon bimbit, kunci Proton (tiga), kad Touch N Go (dua), spanar T diubah suai (satu), kunci Allen diubah suai (tiga), dan sebatang spanar saiz 10.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihak polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes kecurian kereta di sekitar Lembah Klang menerusi tangkapan tersebut.
Katanya, seorang suspek telah dituduh pada Rabu di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 atas kesalahan gagal memberi keterangan.
"Seramai enam suspek utama di dalam kes ini masih lagi dalam tahanan reman bermula 10 Februari sehingga 17 Februari Manakala dua suspek telah diberikan jaminan dan dijadikan saksi polis," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 17 2022
![Sindiket curi, jual alat ganti Proton Wira tumpas Sindiket curi, jual alat ganti Proton Wira tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645064179_Sindiketcurijual.jpg)
Sindiket menyasarkan kenderaan jenis Proton Wira berikutan permintaan tinggi di pasaran untuk alat ganti kereta tersebut. -Foto Sinar Harian
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![Polis kesan pemandu Proton Wira langgar lari penghantar makanan Polis kesan pemandu Proton Wira langgar lari penghantar makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671548945_PDRM.jpg)
Polis kesan pemandu Proton Wira langgar lari penghantar makanan
Polis sedang mengesan pemandu kereta Proton Wira yang terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, di sini, semalam.
![Empat lelaki maut kereta bertembung lori Empat lelaki maut kereta bertembung lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41590663001_Empatlelakimaut.jpg)
Empat lelaki maut kereta bertembung lori
Empat mangsa yang juga penumpang Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandunya hanya mengalami kecederaan ringan.
![Pekerja kilang maut, terperangkap kereta terbakar Pekerja kilang maut, terperangkap kereta terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41582268891_jpg.jpg)
Pekerja kilang maut, terperangkap kereta terbakar
Seorang pekerja kilang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Nyalas - Rim, di sini, pagi tadi.
![Pemandu kereta parah dirempuh lori, bas Pemandu kereta parah dirempuh lori, bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557876386_uum.jpg)
Pemandu kereta parah dirempuh lori, bas
Seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Buaya, Hulu Selangor malam tadi.
![Polis jejak empat dipercayai suspek curi kereta loloskan diri Polis jejak empat dipercayai suspek curi kereta loloskan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/81382193226_295x200.jpg)
Polis jejak empat dipercayai suspek curi kereta loloskan diri
Empat lelaki dipercayai suspek curi kereta meloloskan diri di kawasan Seksyen 6, Flat Gugusan Cempaka di sini ketika diburu polis hari ini.