SERI KEMBANGAN: Ekspo Halal Malaysia 2023, yang menumpukan pengukuhan pasaran halal domestik, menyasar untuk menjana potensi jualan bernilai RM3 juta hingga RM5 juta.
Acara tiga hari bermula 1 Sept, 2023 yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) di sini itu juga menyasar untuk menarik 30,000 pengunjung.
Pengerusi Penganjuran dan Ketua Pegawai Eksekutif HQC Commerce Sdn Bhd, Khairul Shahril Hamzah berkata acara yang julung kali diadakan itu akan mengetengahkan 300 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing serta memperoleh pendedahan dan pengetahuan untuk mengakses pasaran global.
"Acara ini menyasar untuk memperkukuh PKS tempatan yang merupakan tulang belakang ekonomi kita.
"Saya yakin apabila menghimpunkan semua di bawah satu bumbung, acara ini akan menjadi pencapaian penting bagi industri halal Malaysia, dengan agensi kerajaan akan berada di sana untuk menyokong dan memudah cara pihak industri," katanya kepada pemberita selepas pelancaran awal dan sidang media mengenai acara itu di sini, pada Khamis.
Beliau berkata antara agensi kerajaan yang akan membantu PKS semasa acara itu ialah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi membantu PKS meneroka pasaran eksport dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi pensijilan halal.
Agensi lain Halal Development Corporation Bhd akan menyentuh usaha memupuk industri halal dan Perbadanan Produktiviti Malaysia akan memberi garis panduan mengenai inovasi dan produktiviti, katanya.
Ekspo bertemakan 'Memperkasakan Tempatan bagi Kemampanan Global' akan menonjolkan kepelbagaian industri halal di Malaysia termasuk makanan dan minuman; kosmetik; farmaseutikal; pendidikan; e-dagang dan pendigitalan; pelancongan; fesyen; pematuhan syariah; kewangan Islam dan menjadi mesra muslim.
Khairul Shahril berkata menerusi usaha memanfaatkan kelebihan yang dimiliki Malaysia dengan ekosistem halal yang matang, ekspo ini akan menjadi pemboleh untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam mengubah Malaysia menjadi pusat rangkaian pengedaran global dan memudah cara pengeksportan produk halal Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Acara tiga hari bermula 1 Sept, 2023 yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC). - Foto HQC Commerce
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Ekspo Halal Malaysia 2023 sasar jana potensi jualan bernilai sehingga RM5 juta
Ekspo Halal Malaysia 2023, yang menumpukan pengukuhan pasaran halal domestik, menyasar untuk menjana potensi jualan bernilai RM3 juta hingga RM5 juta.