KUALA LUMPUR: Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) menyasarkan pelaburan bernilai RM120 juta daripada acara Ekspo Francais MIRF (FE MIRF) 2023 yang akan diadakan dari 7 hingga 9 Julai ini.
Acara yang sebelum ini dikenali sebagai pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia (MIRF) telah dijenamakan semula sebagai FE MIRF mulai edisi keenam tahun ini.
Timbalan Presiden MRCA, Ken Phua berkata acara itu merekodkan peaburan multinasional bernilai RM100 juta pada 2022 dan FE MIRF 2023 akan mengukuhkan lagi sumbangan industri runcit dan francais ke arah pertumbuhan ekonomi negara.
"Edisi tahun ini yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dijangka menjadi pameran francais terbesar di Malaysia dengan 450 reruai yang akan ditempatkan di seluruh dewan pameran.
"Kami mengalu-alukan penyertaan peruncit dari seluruh dunia. Ini akan membolehkan kami menambah dan memperkukuh hubungan dengan negara yang berbeza serta menggalakkan pembangunan pelaburan dan perniagaan di antara Malaysia dengan luar negara," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.
Beliau berkata FE MIRF 2023 akan menyaksikan penyertaan semua jenama francais dan pelesenan runcit dari Malaysia, China, Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Amerika Syarikat, India, Thailand dan Indonesia.
"MRCA berusaha untuk merealisasikan objektifnya iaitu mengekalkan rangkaian gabungan paling kukuh di rantau ini dengan membawa pihak industri ke tahap yang lebih tinggi.
"Menerusi sokongan yang diperoleh daripada kerajaan dan rakan kongsi strategik, kami yakin FE MIRF 2023 akan berperanan penting menggiatkan semula ekonomi negara melalui pembangunan dan pertumbuhan sektor francais," katanya.
Phua berkata MRCA menjangka dapat menarik 15,000 pengunjung tahun ini dari seluruh rantau Asean, meningkat daripada 10,000 pengunjung pada 2022.
Pengerusi Penganjuran, Christine Tan berkata untuk kali pertamanya, MRCA akan mengadakan pertandingan Reruai Terbaik yang menawarkan hadiah utama RM15,000 bagi menggalakkan semua pempamer mengetengahkan reka bentuk dan sentuhan terbaik masing-masing.
Dalam pada itu, mengulas prospek, Phua berkata industri runcit itu kekal memberangsangkan pada tahun ini selepas mencatat prestasi kukuh pada tahun lepas.
Malah, bagi tempoh suku keempat 2022, industri itu mencatat kadar pertumbuhan jualan yang kukuh sebanyak 13.7 peratus dan menjadikan pertumbuhan keseluruhan 2022 pada 33.3 peratus.
"Kami merupakan penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar dan dari segi nilai jualan, industri runcit Malaysia ini telah pulih ke paras prapandemik pada 2019," katanya.
Beliau berkata MRCA turut mengunjurkan kadar pertumbuhan bagi suku pertama tahun ini pada 9.2 peratus dengan unjuran kira-kira empat peratus bagi tahun penuh 2023.
Walaupun industri runcit Malaysia berjaya mengharungi pandemik COVID-19, beliau berkata cabaran baharu pasaran turut wujud tahun ini dengan peruncit menghadapi margin keuntungan lebih kecil sejak tahun lepas.
"Antara faktor penyumbangnya adalah kenaikan kos kakitangan akibat masalah kekurangan pekerja, peningkatan kadar sewaan serta kos barangan susulan kenaikan kos bahan mentah, pengeluaran serta pengangkutan.
"Cabaran besar lain adalah kenaikan kos sara hidup pengguna," katanya.
Selain itu, Phua juga tidak melihat kadar cukai lebih tinggi atas golongan berpendapatan tinggi mulai tahun ini akan memberi kesan besar kepada kuasa beli kumpulan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023

Acara yang sebelum ini dikenali sebagai pameran MIRF telah dijenamakan semula sebagai FE MIRF mulai edisi keenam tahun ini. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.