KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini berlandaskan pertumbuhan suku pertama 2024 yang memberangsangkan pada 4.2 peratus.
Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata unjuran itu berasaskan limpahan lebih besar daripada kitaran teknologi yang meningkat, ketibaan pelancong dan pelaksanaan pantas projek pelaburan baharu dan sedia ada.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan itu mungkin menghadapi risiko negatif iaitu permintaan luar yang lebih lemah daripada jangkaan, peningkatan konflik geopolitik dan penurunan ketara pengeluaran komoditi, katanya pada sidang media mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2024 di sini, pada Jumaat.
"Sementara itu, kadar pertukaran efektif nominal (NEER), yang mengukur prestasi ringgit berbanding mata wang negara rakan dagang utama, meningkat sebanyak 2.5 peratus," katanya.
Beliau berkata berbanding dolar AS (AS$), ringgit menambah nilai sebanyak 1.6 peratus bagi tempoh daripada 26 Feb hingga 15 Mei, 2024, manakala berbanding mata wang serantau, ringgit menunjukkan prestasi yang agak baik.
Abdul Rasheed berkata tekanan ke atas mata wang tempatan telah berkurangan sejak bank pusat itu melaksanakan usaha terselaras dengan syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat dan pelabur untuk menggalakkan mereka menghantar pulang pendapatan asing sejak akhir Februari, dan usaha itu telah memberi hasil yang positif.
Ketika ditanya mengenai kesan kemungkinan rasionalisasi subsidi ke atas diesel dan RON95, gabenor berkata bagi jangka masa pendek, langkah itu mungkin memberikan sedikit kesan dari segi penggunaan dan pelaburan namun boleh diimbangi menerusi pemindahan tunai atau pemindahan pendapatan daripada kerajaan (untuk golongan yang memerlukan).
"Bagi impak jangka masa panjang, langkah itu boleh memberi kesan positif kepada negara dari segi kedudukan fiskal," katanya.
Beliau berkata rasionalisasi subsidi bahan api bukan sahaja mempengaruhi perbelanjaan isi rumah malah juga mendorong syarikat untuk melabur dalam pengeluaran cekap tenaga dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi.
"Berdasarkan persekitaran semasa dari segi pertumbuhan, kita mencatatkan angka pertumbuhan yang baik dan aliran inflasi sederhana.
"Ini menyediakan tetingkap peluang yang baik untuk kita melaksanakan rasionalisasi dan pembaharuan subsidi," katanya.
Abdul Rasheed berkata walau bagaimanapun, perkara penting itu sewajarnya diumumkan kerajaan dan perlu meliputi bukan sahaja mengenai mekanisme malah juga dari segi kewangan dan senarionya.
"Lebih penting ialah cara memastikan pemindahan pendapatan yang adil dan saksama kepada segmen modal masyarakat," katanya.
Mengenai pelarasan gaji penjawat awam pada Disember ini, beliau berkata berdasarkan pengalaman, pelarasan itu dijangka tidak memberi kesan besar kepada kadar inflasi.
Beliau berkata kesan pengeluaran Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru diperkenalkan juga akan menjadi minimum terhadap kadar inflasi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Abdul Rasheed (kanan) pada sidang media mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2024 di sini, pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.