KUALA LUMPUR: Inisiatif di bawah Ekonomi Madani berpotensi untuk memacu perubahan positif untuk Malaysia dengan mengguna pakai pendekatan strategik dan berasaskan nilai, terutamanya dalam tempoh ketidaktentuan domestik dan global, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
Katanya dari perspektif ekonomi, rangka kerja Madani adalah tepat pada masanya berdasarkan Belanjawan 2024 yang akan datang, Pelan Induk Perindustrian Baharu dan jangkaan pembentangan Akta Tanggungjawab Fiskal pada tahun ini.
Sebagai isyarat kepada konsistensi dasar, tema "Memperkasa Rakyat" mengekalkan momentum kerajaan ke arah pembangunan modal insan di Malaysia.
"Pembangunan modal insan diterapkan secara khusus dalam misi naratif Madani iaitu pertumbuhan inklusif, memberi kesaksamaan peluang dan pasaran tenaga kerja yang berdaya maju," menurut MARC dalam kenyataan pada Jumaat.
Disambut baik, matlamat yang boleh diukur dalam langkah ini termasuklah berada di tangga 25 teratas dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia, peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan dan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60 peratus.
"Kerajaan menjangka untuk terus memperkukuh pendidikan asas dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, dan membangunkan modal insan akan mengukuhkan lagi matlamat kerajaan untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial," katanya.
Katanya pembangunan modal insan dan kesejahteraan sosial adalah penting untuk meningkatkan produktiviti, mengekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan dan meningkatkan potensi pertumbuhan KDNK di Malaysia.
Ekonomi Madani akan memacu ekonomi PKS
Sementara itu, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) berpendapat Rangka Kerja Ekonomi Madani akan memacu ekonomi dan pertumbuhan industri yang lebih baik, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Presidennya, Datuk William Ng berkata pasaran suram sejak berakhirnya pandemik dan rangka kerja ekonomi baharu itu akan menyediakan hala tuju yang amat diperlukan untuk ekonomi.
"Samenta telah lama menyatakan bahawa cabaran terbesar PKS bukanlah aliran tunai yang lemah atau kekurangan peluang perniagaan tetapi margin yang rendah berikutan produktiviti buruh yang lembap.
"Kerajaan mengambil langkah yang tepat untuk membetulkan ketidakpadanan buruh dan menambah baik gaji selain mewajibkan peningkatan kemahiran dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
"Apabila produktiviti buruh bertambah baik, perniagaan akan dapat membayar lebih tinggi dan semua pihak menang," kata Ng.
Bagaimanapun, katanya PKS berhati-hati dengan model gaji progresif yang dirancang dan berharap Jawatankuasa Kerja Masa Depan ditubuhkan dengan wakil daripada sektor swasta dan awam untuk membuka dividen ekonomi untuk lebih ramai rakyat Malaysia.
Walaupun bersetuju bahawa gaji terlalu rendah, katanya semakan gaji tidak boleh dilakukan secara terburu-buru dan perlu disertai dengan peningkatan produktiviti buruh dan margin keuntungan.
"Kebanyakan sebab untuk gaji tidak berubah ialah bersifat struktur -- budaya pembelajaran yang merosot, ketidakpadanan umum dalam output pendidikan dan keperluan industri, tenaga kerja yang berubah dan persaingan serantau yang sengit untuk tenaga kerja.
"Ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya memaksa perniagaan membayar lebih," kata Ng.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
![Ekonomi Madani akan pacu perubahan positif di Malaysia Ekonomi Madani akan pacu perubahan positif di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658163463_klcc.jpg)
Pembangunan modal insan dan kesejahteraan sosial adalah penting untuk meningkatkan produktiviti, mengekalkan pertumbuhan KDNK yang mampan dan meningkatkan potensi pertumbuhan KDNK di Malaysia. - Gambar hiasan/BERNAMA
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![MARC jangka KDNK benar Malaysia 2024 berkembang pada 4.0-5.0 peratus MARC jangka KDNK benar Malaysia 2024 berkembang pada 4.0-5.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697444619_MARC.jpg)
MARC jangka KDNK benar Malaysia 2024 berkembang pada 4.0-5.0 peratus
MARC menjangkakan KDNK benar 2024 Malaysia berkembang antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus, dengan sektor pembuatan sebagai pemacu utama.
![Ekonomi Madani akan pacu perubahan positif di Malaysia Ekonomi Madani akan pacu perubahan positif di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658163463_klcc.jpg)
Ekonomi Madani akan pacu perubahan positif di Malaysia
Dari perspektif ekonomi, rangka kerja Madani adalah tepat pada masanya berdasarkan beberapa faktor termasuk Belanjawan 2024 akan datang.
![MARC sahkan penarafan jangka pendek BDB MARC sahkan penarafan jangka pendek BDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660731233_iskandardzulkarnain.jpg)
MARC sahkan penarafan jangka pendek BDB
Kajian MARC mengesahkan strategi dan pelaksanaan pengurusan BDB dalam mewujudkan model perniagaan yang lancar untuk syarikat.
![Liberalisasi ekonomi melalui perdagangan antarabangsa dapat kecilkan hutang negara - Pakar ekonomi Liberalisasi ekonomi melalui perdagangan antarabangsa dapat kecilkan hutang negara - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Liberalisasi ekonomi melalui perdagangan antarabangsa dapat kecilkan hutang negara - Pakar ekonomi
Ketua ekonomi MARC Firdaos Rosli berkata, inisiatif kerajaan kini lebih tertumpu kepada permintaan swasta dan tidak kepada penawaran.
![Pelabur asing beli RM6.6 bilion ekuiti pada Ogos - MARC Pelabur asing beli RM6.6 bilion ekuiti pada Ogos - MARC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632985922_TBKUALALUMPUR.jpg)
Pelabur asing beli RM6.6 bilion ekuiti pada Ogos - MARC
Pembelian ekuiti tersebut secara tidak langsung mengatasi aliran keluar asing pada Jun dan Julai berjumlah RM4.1 bilion.
![Top Glove harap permohonan CFA segera diluluskan Top Glove harap permohonan CFA segera diluluskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617878350_LeeKimMeow.jpg)
Top Glove harap permohonan CFA segera diluluskan
Top Glove Corporation Bhd berharap pihak berkuasa dapat segera menyelesaikan permohonan Sijil Untuk Penginapan (CFA) selepas spesifikasi dihantar kepada pihak berkenaan untuk kelulusan.
![MARC beri penarafan tinggi kepada Top Glove MARC beri penarafan tinggi kepada Top Glove](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610084509_topglove.jpg)
MARC beri penarafan tinggi kepada Top Glove
Pengarah Urusan Top Glove Datuk Lee Kim Meow berkata syarikat itu menghargai penarafan yang tinggi diberi MARC itu.
![Bank, sektor swasta main peranan penting dalam ekonomi Malaysia - MARC Bank, sektor swasta main peranan penting dalam ekonomi Malaysia - MARC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81584758377_RinggitMalaysia.jpg)
Bank, sektor swasta main peranan penting dalam ekonomi Malaysia - MARC
MARC berkata sektor perbankan berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding kemelesetan pada 1998 dan 2009.
![Ekonomi malaysia kekal berdaya tahan pada 2017 - MARC Ekonomi malaysia kekal berdaya tahan pada 2017 - MARC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51488781052_marc.jpg)
Ekonomi malaysia kekal berdaya tahan pada 2017 - MARC
Ekonomi Malysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2017, disokong penggunaan swasta yang stabil serta terbitan bon korporat yang kukuh, kata Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
![Ekonomi Malaysia boleh terus berkembang lebih 4 peratus tahun ini Ekonomi Malaysia boleh terus berkembang lebih 4 peratus tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452247295_KUALALUMPUR.jpg)
Ekonomi Malaysia boleh terus berkembang lebih 4 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia dijangka boleh terus berkembang kepada lebih empat peratus pada tahun ini dan 2017.