KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sektor ekonomi termasuk kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh kerajaan bermula 11 Oktober lalu membantu merancakkan kembali ekonomi rakyat yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19.
Ketua Penganalisis Ekonomi, Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kebenaran merentas seharusnya bakal merancakkan ekonomi negara terutamanya sektor-sektor yang berkaitan pelancongan seperti penerbangan, perhotelan, makanan dan minuman, hiburan dan pelbagai lagi.
“Tahun 2020 telah menyaksikan kejatuhan di dalam perbelanjaan pelancongan domestik yang merudum ke paras RM40.4 bilion berbanding RM103.2 billion yang dicatatkan pada tahun 2019.
“Oleh itu, kita boleh menjangkakan pemulihan di dalam angka ini yang mana rata-ratanya dibelanjakan antaranya bagi tujuan membeli belah, bahan api dan penginapan,” katanya kepada DagangNews.com.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membenarkan rakyat yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula Isnin lalu.
Menurut Mohd Afzanizam, kesan atau impak positif hasil daripada kebenaran untuk merentas negeri seharusnya akan dapat dirasai pada suku ke empat tahun 2021 dan seterusnya.
“Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia akan terus berhati-hati berikutan risiko jangkitan yang masih lagi jelas ketara meskipun kadar vaksinasi telah melebihi 90% bagi populasi dewasa,” ujar beliau.
Perdana Menteri ketika mengumumkan kebenaran merentas negeri pada Ahad berkata, keputusan itu susulan kadar vaksinasi mencapai 90%.
Dengan keputusan ini, kata Ismail Sabri, rakyat bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya.
Sementara itu, Ahli Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui'zz Morhalim berkata- peningkatan ekonomi dijangka akan berlaku secara beransur-ansur sejajar pelonggaran sekatan secara berperingkat.
Secara umum katanya, prospek ekonomi dijangka kembali memulih mulai suku tahun keempat, disokong pelonggaran kawalan pergerakan termasuk kebenaran perjalanan merentas negeri.
“Kami menjangka peningkatan perbelanjaan dalam negeri akan turut disokong permintaan terpendam (pent-up demand).
‘’Pemulihan perbelanjaan domestik akan menjadi faktor utama kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada Q4 2021,” kata Abdul Mui'zz.
Menurut beliau, peningkatan eksport dan aktiviti pengeluaran turut akan menyokong pemulihan ekonomi kerana lebih banyak syarikat dibenarkan meningkatkan kapasiti pengeluaran apabila ekonomi dibuka semula serta ramai pekerja yang telah divaksin penuh.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Oct 14 2021
Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, rakyat Malaysia akan terus berhati-hati berikutan risiko jangkitan yang masih lagi jelas ketara meskipun kadar vaksinasi telah melebihi 90% bagi populasi dewasa. - Gambar hiasan/BERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
2TM bukan sekadar platform melaporkan kejayaan kerajaan - PACU
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bukan sekadar platform untuk melaporkan kejayaan terdahulu.
Keunikan Sarawak jadi tarikan utama pelancong premium
Sarawak kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya menjadikan ia sebuah negeri yang unik dalam menggambarkan masyarakat pluralis dengan nilai toleransi tinggi.
YBR terima anugerah tertinggi CSR
Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima Anugerah Kategori Khas Champion CSR Award 2023 di Majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023.
Tahap kesejahteraan rakyat Malaysia meningkat 2.5 peratus pada 2022
Kesejahteraan rakyat Malaysia meningkat 2.5 peratus pada 2022 apabila prestasi IKRM mencatatkan 121.2 mata berbanding 118.3 mata pada 2021.
Pengecualian bersama visa Malaysia-China beri impak positif
Bukan sahaja kerjasama ekonomi akan dapat manfaat besar, ia juga menyumbang ke arah membina kepercayaan politik yang lebih kukuh.
PM Anwar beri impak positif hubungan Indonesia-Malaysia, masa depan ASEAN
Ia termasuk memastikan perlindungan pekerja Indonesia di Malaysia dan memajukan kerjasama ekonomi bagi pertumbuhan bersama.
Laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar dorong pembangunan ekonomi Bangladesh
Upacara perasmian laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar yang dibina dengan kerjasama syarikat China diadakan di sini, pada 11 November.
OBK: 192 kes direkod, nilai rampasan RM40.282 juta
Hazani berkata rampasan barang kes OBK sejak Januari hingga September tahun ini berjumlah RM40.282 juta, menurun 53.16 peratus berbanding RM85.996 juta dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022.
Terengganu sasar 300,000 pelancong bercuti di tasik Kenyir tahun ini
Kerajaan Terengganu yakin mampu mencapai sasaran kedatangan 300,000 pelancong ke Tasik Kenyir menjelang akhir tahun ini.
Kewangan Islam perlu buka inovasi untuk transformasi ekonomi, kemampanan - BNM
Sektor kewangan Islam perlu membuka inovasi yang memberi kesan besar untuk transformasi ekonomi dan kemampanan serta menggandakan kewangan berasaskan nilai bagi melahirkan impak yang lebih ketara.