NEW DELHI: Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Tan Sri SA Vickneswaran telah mencetuskan idea platform pusat sehenti secara dalam talian ASEAN-India untuk semua program kerajaan terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Beliau berkata selain memusatkan sumber maklumat, ia akan mempromosikan peluang perniagaan dan rangkaian dalam kalangan PKS merentasi semua sektor ekonomi.
"Idea keseluruhannya adalah mengenai menghubungkan komuniti perniagaan kami di mana sebuah perusahaan mikro luar bandar di India boleh mencari dan menjalankan perniagaan dengan mana-mana bahagian ASEAN dan juga sebaliknya,'' katanya dalam ucapan khasnya pada 'Delhi Dialogue' ke-12 di sini, pada Jumaat.
Bagi mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat antara ASEAN dan India, Vickneswaran berkata Malaysia percaya adalah penting untuk diberi keutamaan untuk membangunkan agenda mengutamakan rakyat, di mana rakyat harus menjadi penerima utama setiap resolusi atau inisiatif yang telah diterima pakai.
"Oleh itu, adalah mustahak bagi ASEAN untuk menjadikan perkongsian mereka lebih jelas bukan sahaja melibatkan kerajaan tetapi kepada komuniti yang lebih luas dalam perniagaan dan akademik, media, serta penduduk," katanya.
Vickneswaran juga menggesa ASEAN dan India supaya komited kepada platform perdagangan pelbagai hala yang terbuka, adil dan berasaskan perpaduan yang memperkasakan entiti perniagaan yang lebih kecil berbanding cara mengawal dan memonopoli syarikat swasta dan berkaitan kerajaan.
Sebagai bekas ahli parlimen dan, sebagai bekas Yang Dipertua Dewan Negara beliau mencadangkan aktiviti selain daripada dilaksanakan terutamanya melalui badan-badan ASEAN yang berkaitan juga harus dilaksanakan melalui Ahli Parlimen dari negara ASEAN.
''Mereka adalah pemimpin akar umbi dan wakil rakyat. Saya percaya penglibatan Ahli Parlimen dari ASEAN dan India akan menjadikan sebarang pelaksanaan program lebih berkesan dalam mewujudkan kesedaran dan membina jambatan dalam kalangan rakyat kita,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022
Vickneswaran juga menggesa ASEAN dan India supaya komited kepada platform perdagangan pelbagai hala yang terbuka, adil dan berasaskan perpaduan. - Gambar hiasan
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Duta minta tubuh pusat sehenti ASEAN-India untuk perkukuhkan hubungan perniagaan
Ia juga akan mempromosikan peluang perniagaan dan rangkaian dalam kalangan PKS merentasi semua sektor ekonomi.