Konglomerat automotif DRB-Hicom Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Saab AB dari Sweden yang akan menggariskan kerjasama perindustrian berkaitan bahagian pindahan teknologi dan kepakaran ke Malaysia.
DRB-Hicom berkata MoU itu meningkatkan lagi hubungan sedia ada antara kedua-dua syarikat yang telahpun memeterai Perjanjian Kerjasama Perindustrian di Lima 2011 untuk bekerjasama dalam Sistem Kawalan dan Amaran Awal Bawaan Udara.
"Kerjasama itu berdasarkan kepada pengalaman luas, kekuatan dan kepakaran kedua-dua syarikat, dalam menyokong program pertahanan kerajaan dengan penyelesaian yang akan meningkatkan keupayaan operasi Malaysia," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
MoU itu dimeterai oleh Pengarah Urusan DRB-Hicom Datuk Seri Khamil Jamil manakala Saab diwakili oleh presiden dan ketua pegawai eksekutifnya bagi Asia Pasifik, Dan Enstedt.
DRB-Hicom berkata menerusi MoU itu kedua-dua pihak bersetuju meneroka pelbagai bahagian kerjasama yang termasuk reka bentuk dan pembuatan sistem dan komponen komposit canggih bagi tentera dan aplikasi aeroangkasa komersil, teknologi pembaikan komposit, dan penyepaduan sistem peperangan elektronik, avionik dan sistem bawaan udara lain.
"Gabungan kecekapan dan keupayaan kedua-dua syarikat akan menyediakan produk dan penyelesaian yang paling efektif dan efisien dari segi kos yang akan ditawarkan kepada kerajaan Malaysia di masa depan," kata syarikat itu.
Bernama
Wed Mar 27 2013
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
![Pencarian rakan strategik Proton diteruskan - DRB-Hicom Pencarian rakan strategik Proton diteruskan - DRB-Hicom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51473602855_ProtonEmblem.jpg)
Pencarian rakan strategik Proton diteruskan - DRB-Hicom
Pencarian rakan strategik asing (FSP)Proton Holdings Bhd masih diteruskan dan syarikat menyasarkan untuk menamatkannya pada akhir Jun 2017, menurut DRB-Hicom Bhd.
![Keputusan rakan strategik Proton diketahui selepas 15 Feb - Johari Keputusan rakan strategik Proton diketahui selepas 15 Feb - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81486641260_JohariAbdulGhani.jpg)
Keputusan rakan strategik Proton diketahui selepas 15 Feb - Johari
Keputusan pemilihan rakan kongsi strategik bagi Proton Holdings Bhd (Proton), hanya diketahui selepas Rabu ini (15 Feb), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
![Kerajaan tiada masalah dalam penjualan kepentingan Proton kepada FSP Kerajaan tiada masalah dalam penjualan kepentingan Proton kepada FSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51473602855_ProtonEmblem.jpg)
Kerajaan tiada masalah dalam penjualan kepentingan Proton kepada FSP
Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah atau isu berhubung tindakan DRB-Hicom Bhd melepaskan 51 peratus kepentingannya dalam Proton sejajar usaha mendapatkan rakan kongsi strategik asing.
DRB-Hicom, Saab AB meterai MoU
Konglomerat automotif DRB-Hicom Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Saab AB dari Sweden.