KUALA LUMPUR: Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM86.7 bilion pada suku pertama 2022, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF).
"Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk menampung bayaran emolumen (RM22 bilion), bayaran khidmat hutang (RM9.1 bilion) dan bayaran persaraan (RM8.4 bilion).
"Selain itu, sebanyak RM11.5 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan subsidi, bantuan dan insentif termasuk subsidi petrol, diesel dan gas cecair memasak serta bayaran Bantuan Keluarga Malaysia fasa 1," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen di sini.
Ia adalah bagi menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim-Bandar Bharu) mengenai keupayaan semasa kewangan kerajaan menunaikan komitmen pembayaran hutang, tanggungan subsidi dan pembayaran emolumen dan pencen.
Beliau juga ingin tahu nilai keseluruhan komitmen tanggungan subsidi, emolumen dan pencen serta bayaran hutang setakat suku pertama tahun 2022.
Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran hutang, bayaran persaraan dan emolumen merupakan komponen perbelanjaan yang diberi keutamaan terlebih dahulu (locked-in) berbanding komponen perbelanjaan yang lain.
Sehubungan itu, kerajaan sentiasa memastikan agar kedudukan kewangan kerajaan adalah kukuh bagi memastikan keupayaan untuk membayar komitmen tersebut, jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran hutang, bayaran persaraan dan emolumen merupakan komponen perbelanjaan yang diberi keutamaan terlebih dahulu (locked-in) berbanding komponen perbelanjaan yang lain. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dewan Rakyat: Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM86.7 bilion pada suku pertama - MoF
Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM86.7 bilion pada suku pertama 2022, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).