Demak, antara jenama motosikal yang berkembang pesat di Malaysia, berminat untuk meluaskan pasarannya ke Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika pada tahun-tahun akan datang, kata Pengerusi DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Datin Sri Feona Wan Junaidi.
Beliau berkata Demak akan menggunakan kilang pembuatannya yang baharu bernilai RM43 juta di Olak Lempit dekat sini sebagai hab pengedaran untuk perluasan pasaran dalam ekonomi pesat membangun di Asia Tenggara.
"Demak menyasarkan pasaran membangun di Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika melalui operasinya di Colombo, Sri Lanka.
"Malaysia dan Sri Lanka akan bertindak sebagai dua hab pengedaran serantau yang penting bagi pengembangan pasaran kami dalam pasaran pesat membangun," katanya dalam ucapan pada perasmian kilang pembuatan dan bangunan korporat baharu Demak Malaysia di sini pada Selasa.
Acara itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Kilang Demak di tapak seluas 3.15 hektar dengan keluasan kawasan 260,000 kaki persegi, menempatkan dua barisan pengeluaran, gudang, latihan dan penyelidikan serta kemudahan pembangunan.
Kilang bersepadu sepenuhnya itu turut mempunyai kemudahan pembuatan bagi casis motosikal, alat berasaskan logam serta komponen plastik dan alat ganti.
Jualan pertama jenama motosikal Demak di Sarawak adalah pada 2003 selepas syarikat induknya, DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, memperoleh lesen daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk memasang dan mengeluarkan motosikal pada Disember 2002.
Feona berkata walaupun sentimen pengguna kurang menggalakkan, Demak mendapat peningkatan dari segi jualan pada separuh pertama tahun in, membolehkan syarikat mengekalkan bahagian pasaran lebih 10 peratus di Malaysia.
Tingkatkan kandungan tempatan
Sementara itu, Mustapa pada sidang media kemudiannya menggesa pengeluar motosikal tempatan meningkatkan kandungan tempatan dalam pengeluaran mereka dan meluaskan pasaran mereka ke peringkat global untuk terus kompetitif.
Bagaimanapun, katanya dengan menambah kandungan tempatan, pengeluar perlu memastikan harga motosikal tersebut tidak meningkat.
"Demak menggunakan 40-45 peratus kandungan tempatan dalam pengeluarannya dan terdapat syarikat yang mempunyai 90-95 peratus kandungan tempatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata tiada sekatan yang dikenakan keatas pengeluar kereta tempatan untuk menghasilkan kereta Sedan dengan kapasiti enjin yang lebih besar kerana Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas.
Katanya mana-mana pengeluar kereta tempatan boleh mengeluarkan kereta yang memenuhi jangkaan pengguna.
"Kita mempunyai pasaran yang bebas di negara ini. Sesiapa boleh menawarkan produk yang lebih baik dan harga yang lebih menarik. Akhirnya, ia mengenai pilihan sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada sedan pertama Perodua, Bezza, yang diperkenalkan pada bulan ini akan memberi kesan kepada jualan kereta sedan Proton Holdings Bhd.
Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa sedan Perodua akan memberi kesan kepada penjualan kereta sedan Proton dan antara model yang dikatakan akan terjejas ialah Saga, Iriz dan Persona.
Mustapa berkata kerajaan tidak campur tangan berhubung langkah Proton untuk mengenal pasti secara rasmi rakan kongsi strategik asing bagi kerjasama yang lebih luas dalam masa terdekat.
Katanya kerajaan telah meluluskan permohonan Proton bagi pinjaman mudah sebanyak RM1.5 bilion, tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh pengeluar kereta nasional itu.
"Antara syarat untuk mereka (Proton) adalah mendapatkan rakan kongsi strategik asing dan ia terpulang kepada mereka, bukan pilihan kami. Mereka (Proton) perlu memilih rakan kongsi yang sesuai," katanya.
Bernama
Wed Jul 27 2016
![Demak berminat luaskan pasaran ke Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika Demak berminat luaskan pasaran ke Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51469549386_MustapaMohamed.jpg)
Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan) bersama Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencuba motosikal keluaran Demak model EEV-iRider. - Foto Bernama
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Demak berminat luaskan pasaran ke Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika Demak berminat luaskan pasaran ke Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51469549386_MustapaMohamed.jpg)
Demak berminat luaskan pasaran ke Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika
Demak akan menggunakan kilang pembuatannya yang baharu bernilai RM43 juta di Olak Lempit dekat sini sebagai hab pengedaran untuk perluasan pasaran.