Dasar berkaitan dengan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan disemak semula untuk mengukuhkan sumbangan sektor itu kepada ekonomi.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim berkata cadangan semakan semula dasar itu akan berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh agensi tersebut dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
"Kajian itu akan siap pada Februari (tahun depan). Data tersebut akan digunakan untuk menyediakan dasar strategik baharu bagi PKS," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama kajian antara SME Corp dan UPM hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UPM Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris.
Kajian itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik dalam mengukur kebergantungan PKS dan syarikat besar dalam pelbagai industri di Malaysia, selain impak pengganda daripada permintaan domestik dan perdagangan.
Langkah itu juga membolehkan pihak yang berkenaan mengenal pasti hubungan penting antara sektor ekonomi utama dan subsektor PKS.
Sementara itu, Hafsah berkata SME Corp berharap Bajet 2018 akan memberi implikasi yang kondusif untuk menggalakkan pertumbuhan PKS di negara ini.
"Kami turut berharap dapat dipertimbangkan pelepasan cukai dalam beberapa bidang yang boleh meningkatkan pertumbuhan PKS.
"Jika PKS mempunyai usaha ke arah automasi, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing, apa salahnya kita memberi ganjaran kepada mereka melalui pengecualian tambahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2017
SME Corp berharap Bajet 2018 akan memberi implikasi yang kondusif untuk menggalakkan pertumbuhan PKS di negara ini. - Bernama
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Krisis inflasi terburuk Australia berakhir - PM Albanese
Rakyat Australia mempunyai sebab untuk optimis, dengan data baharu menunjukkan inflasi berada pada paras terendah dalam tempoh tiga tahun.
Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.
Dasar mesra pelabur tarik kehadiran ramai pelabur ke Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, Sabah berada pada landasan betul untuk memajukan negeri melalui inisiatif strategik di bawah kerangka Sabah Maju Jaya.
Hubungan ekonomi AS-Malaysia wujudkan 312,000 pekerjaan baharu - Kaunselor Ekonomi
Syarikat Amerika telah mengumumkan lebih RM200 bilion pelaburan baharu sejak 2021, dengan 72 peratus datang daripada syarikat Fortune 500.
Hasrat Malaysia sertai BRICS tegak dasar bebas dan berkecuali
Keanggotaan dalam BRICS akan melengkapkan peranan aktif Malaysia dalam rangkaian kerjasama serantau dan antarabangsa.
Penyasaran subsidi RON 95: Pakar ekonomi cadang kerajaan tidak ganggu harga pasaran
Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata pada masa sama kerajaan disaran terus memberi bantuan sewajarnya kepada golongan yang memerlukan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berhasrat perkukuh kerjasama serantau - Tiong
Kerjasama itu akan meningkatkan inisiatif pelancongan secara kolaboratif, mempromosi keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi di seluruh Asia Tenggara.
Kajian rapi perlu kait bantuan tunai dengan inflasi - Pakar
Walaupun mengaitkan bantuan tunai dengan inflasi adalah langkah wajar, ia tidak seharusnya diikat terus kepada kadar inflasi.
Pahang tumpu tarik ramai peserta industri pusat data
Industri itu dilihat mempunyai potensi tinggi dan Pahang seharusnya tidak ketinggalan merebut peluang sektor terbabit bagi memacu ekonomi negeri.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.