Kerajaan memperuntukkan RM300 juta di bawah dana strategik pelaburan domestik tahun ini untuk diagihkan kepada syarikat tempatan terpilih.

Dana ini bertujuan untuk menarik pelaburan asing dimana sepanjang Julai hingga Disember 2012 sebanyak 89 juta ringgit telah diluluskan.

Pada Julai 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengwujudan Dana DISF dengan dana sebanyak 1 billion ringgit.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, 18 syarikat sedang dikenalpasti melibatkan pelbagai sektor termasuk perkhidmatan elektrik dan eletronik.

“Dana berkenaan akan diberikan bedasarkan permohonan syarikat, merit dan usaha meningkatkan teknologi syarikat domestik yang bakal diuruskan pihak MIDA," katanya.

Tambahnya dana berkenaan adalah bertujuan untuk meningkatkan penglibatan syarikat Malaysia dalam jaringan pembekalan global bagi industry bernilai tinggi, teknologi tinggi dan berintensifkan maklumat.