DagangHalal Bhd (DHB), menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Majlis Islam Pusat Thailand (CICOT) yang membolehkannya memperluaskan pangkalan datanya di bawah Enjin Pengesahan Halal (HVE).
Pengerusi Eksekutif DagangHalal Muhadzir Mohd Isa berkata HVE merupakan sistem yang membolehkan umat Islam memeriksa kandungan halal produk import di pasaran melalui laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan CICOT memandangkan kami boleh mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama terutamanya dalam perkongsian pangkalan data peniaga halal Thailand yang akan tentunya meningkatkan pangkalan data HVE untuk faedah pengguna tempatan dan antarabangsa," kata beliau kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoC di sini Rabu.
Beliau berkata MoC antara kedua-dua negara menandakan peristiwa penting dalam masyarakat Islam serta ekonomi dan perniagaan halal global, berkaitan dengan sebarang bentuk pensijilan dan pengesahan halal.
HVE adalah hasil daripada kerjasama antara Jakim dan DagangHalal untuk membantu serta memudahkan proses pensijilan dan pengesahan komponen dan bahan halal dari luar negara dengan sokongan badan pensijilan antarabangsa dan yang dikenal pasti oleh Jakim.
CICOT merupakan organisasi di Thailand sebagai badan pensijilan halal untuk industri halal domestik dan antarabangsa.
Sementara itu, Muhadzir berkata DagangHalal akan menambah nilai sistem HVE untuk operasi sepenuhnya dan ditingkatkan kepada pemohon sijil halal dan pelanggan dari semua badan pensijilan antarabangsa halal dan yang dicadangkan Jakim.
Bernama
Wed Apr 03 2013
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
DagangHalal, CICOT tandatangan perjanjian kerjasama
DagangHalal Bhd (DHB), menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Majlis Islam Pusat Thailand (CICOT).