KUALA LUMPUR: CUCKOO International (Malaysia) Sdn. Bhd. (CUCKOO International) meneruskan momentum jenama sebagai Healthy Home Creator dengan mengembangkan jaringan produk ditawarkan kepada pengguna dalam misi #SAMASAMA Healthier.
Menerusinya, syarikat memperkenalkan satu siri penyelesaian inovatif termasuk penapis air flagship serta rangkaian penyaman udaranya yang pertama, sekali gus memacu fokus syarikatnya bagi menyediakan kediaman sihat menerusi empat teras holistik.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe berkata, bagi memperluaskan lagi tawaran peralatan sihat beyond standard syarikat memperkenalkan penapis air beralkali ringan bebas tangki CUCKOO TITAN.
“Penapis air beralkali ringan bebas tangki ini memaparkan teknologi paten CUCKOO yang membolehkan ia mengeluarkan air panas 100°C secara serta merta.
“Selain daripada itu, penapis air berinovatif ini juga mampu mengeluarkan air pensterilan yang dapat menghapuskan 99.9 peratus kuman dan racun perosak semasa atau apabila digunakan untuk membasuh sayur-sayuran serta buah-buahan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika majlis pengenalan inovasi rangkaian baharu dan pelantikan wajah baharu duta CUCKOO di sini pada Khamis.
Rangkaian generasi baharunya turut dikembangkan lagi dengan Penapis Air Beralkali Ringan CUCKOO WARRIOR, iaitu penapis air mekanikal pertama dengan fungsi pensterilan faucet.
Model ini turut mampu menyingkirkan kuman dan menghalang pencemaran sekunder secara berkesan apabila air mengalir melalui saluran keluarnya.
Empat teras yang menjadi fokus CUCKOO International ketika ini adalah termasuk peralatan rumah, penjagaan kecantikkan, servis pembersihan kediaman selain kehidupan sihat menerusi kerjasama strategik bersama jenama Fujiaire telah memperkenalkan Penyaman Udara Pintar CUCKOO Vita-S Inverter.
Dalam pada itu, menurut Pengurus Kanan Pemasaran CUCKOO International, Nick Chin syarikat membangkitkan lagi kemeriahan pelancaran barisan produk baharu dengan memperkenalkan Lee Minho sebagai wajah baharu mereka di samping mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai duta CUCKOO.
Lee Minho dan Siti Nurhaliza benar-benar menzahirkan falsafah Beyond Standards CUCKOO yang mana imej, tenaga dan semangat mereka amat sepadan dengan imej jenama kami.
“Kami sangat teruja untuk memanfaatkan pengaruh positif mereka untuk mendekati pelanggan serta memperoleh capaian lebih luas dalam kalangan rakyat Malaysia,” jelasnya yang merancang untuk membawa duta jenamanya, Lee Minho ke Malaysia pada akhir tahun ini.
Terdahulu, CUCKOO International mencatatkan peningkatan pendapatan syarikat sebanyak RM1.13 bilion bagi tahun kewangan 2021.
Haikal Raman
Fri Apr 01 2022

CUCKOO memperkenalkan Lee Minho sebagai wajah baharu mereka di samping mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai dutanya.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

CUCKOO lancar siri penyelesaian inovatif, lantik Lee Minho duta jenama terbaharunya
Syarikat tersebut turut memperkenalkan Lee Minho sebagai wajah baharu mereka di samping mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai duta CUCKOO.