Volvo Car Malaysia melantik Clear Marque Sdn Bhd sebagai pengedar sah terbaharunya.

Pelantikan itu dibuat sebagai langkah pertama program peluasan Volvo untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

Clear Marque yang dipimpin oleh Datuk Tan Hoe Pin, Pengarah Eksekutif Wawasan TKH, akan memulakan operasi seawal pertengahan November di Jalan Kuching, yang pada peringkat awal, memberi tumpuan ke atas khidmat servis, dengan pusat jualan penuh menyusuli di tapak sama.

Perniagaan kedua dijangka dibuka di Kota Damansara mulai awal 2014.