Kerajaan Johor menerima permohonan dari syarikat penerbangan Citilink, Indonesia baru-baru ini untuk mengadakan empat laluan penerbangan dari republik berkenaan ke negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Koperasi dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata, laluan dua hala itu membabitkan Bandung-Johor Baharu, Surabaya-Johor Baharu, Denpasar-Johor Baharu dan Medan-Johor Baharu.
"Permohonan untuk mengadakan laluan itu bukan sahaja dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini malah mampu menjadikan Lapangan Terbang Senai, di sini, sebagai pintu masuk utama pelancong ke Johor dan Malaysia," katanya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini hari Rabu.
Beliau menjawab soalan M.Asojan (BN-Gambir) mengenai tindakan yang diambil Jabatan Pelancongan Johor dalam meningkatkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa Lapangan Terbang Senai sebagai usaha mempromosikan negeri ini.
Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri dan Jabatan Pelancongan Johor akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam, Senai Airport Terminal Services, Malaysia Airlines dan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (Matta) Johor bagi mencari kaedah terbaik untuk merealisasikan usaha berkenaan.
Menurut Tee, selain Citilink, kerajaan Johor juga mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan AirAsia Indonesia untuk beroperasi di Lapangan Terbang Senai dan sedang menunggu maklum balas pihak berkenaan untuk memulakan operasi.
Selain itu, katanya kerajaan negeri juga mengadakan perjumpaan dengan beberapa syarikat penerbangan lain termasuk All Nippon Airways (ANA) Korea dan Cebu Airlines Filipina untuk menyediakan perkhidmatan sewa khas sebagai usaha menggalakkan kedatangan pelancong luar ke negeri ini.
Katanya, hasil kejayaan misi promosi pelancongan negeri Johor secara agresif di luar negara dan beberapa negara Asean dalam tempoh dua tahun lepas, termasuk Hong Kong, China, Korea dan Indonesia, ia memperlihatkan keyakinan syarikat penerbangan antarabangsa untuk mengadakan penerbangan sewa khas.
"Ini secara tidak langsung mewujudkan minat yang mendalam kepada syarikat penerbangan tempatan seperti Firefly dan Air Asia untuk menjadikan Johor Baharu sebagai hab penerbangan utama selatan Malaysia," katanya.
Bernama
Wed Nov 13 2013


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Citilink Indonesia berminat adakan empat laluan penerbangan ke Johor
Kerajaan Johor menerima permohonan dari syarikat penerbangan Citilink, Indonesia baru-baru ini untuk mengadakan empat laluan penerbangan dari republik berkenaan ke negeri ini.